
Sikap Tenang Ustaz Layan Anak Yang Tiba-Tiba Muncul Semasa ‘Live’ Raih Pujian
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ekoran peninggkatan kes Covid-19 di negara kita, ramai yang telah disyorkan untuk bekerja dari rumah sebagai salah satu inisiatif untuk untuk memutuskan wabak penyakit ini.
Cabaran bekerja dari rumah
Namun begitu, masih ada cabaran lain juga apabila bekerja di rumah terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
Baru-baru ini, viral sebuah video tentang seorang pengacara televisyen popular di TV1 yang dikenali sebagai Ustaz Hariri Daud semasa dia sedang membuat live.
Menerusi perkongsian di laman TikTok Ustaz Hariri Daud, kelihatan dirinya sedang mengulas isi kandungan sesebuah buku.
Anak tiba-tiba muncul dari belakang
Apa yang menarik perhatian ramai apabila anaknya tiba-tiba muncul daripada belakang sambil mengangkat kerusi dan duduk di sebelahnya.
Selepas menyedari kehadiran anaknya, Ustaz Hariri meneruskan penerangan sehingga habis sebelum memusingkan diri dan memberi perhatian sekejap kepada anak kesayangannya itu.
@hariridaud Time orang live la, diorang datang kacau 😅
♬ original sound – Ustaz Hariri Daud
Kekal tenang melayan anak walaupun sedang live
Malah, Ustaz Hariri kekal tenang semasa mendengar anaknya yang mahu mengadu bahawa adiknya suka mengganggu.
Setelah mendengar luahan anaknya, Ustaz Hariri lantas memohon maaf kepada semua penonton kerana tiba-tiba terdapt ‘iklan’ semasa live.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet yang terhibur melihat telatah anak Ustaz tersebut. Ramai juga yang memuji sikap Ustaz Hariri yang melayan kerenah anaknya dengan penuh kesabaran dan lemah-lembut itu.