Bekas Kekasih Pulang Semula Barang, Gadis Ini Tak Buang Malah Beri Kepada Anak Yatim
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kadang kala kalau dalam fasa percintaan, akan ada juga konflik sesama sendiri tak kira melibatkan hal yang kecil mahupun besar. Malahan ada juga sampai memulangkan semula barang yang pernah diberi kerana dah tak nak simpan ataupun harga setiap barang itu berkemungkinan mahal atau sebagainya.
Kebiasaannya hal ini terjadi kalau mereka dah break up lah kan?
Situasi ini dapat dikaitkan dengan gadis yang menerima semula barangan pernah diberikan kepada bekas kekasihnya. Walaubagaimanapun, dia tidak menyimpan atau membuang barangan itu, malahan memberikannya kepada golongan yang lebih memerlukan.
Parcel daripada bekas kekasih
Menerusi perkongsiannya sendiri di TikTok @joeycjyy, dia menerima sebuah parcel daripada bekas kekasihnya. Kesemua barang yang pernah diberikan telah dipulangkan kembali selepas setahun tidak berhubung.
@joeycjyy Turning negativity to positivity ✨ ##toxicex ##positivity ##spreadthelove ##fypシ ##tiktokmalaysia ##foryou
♬ Toxic – Britney Spears
Dia kemudian membuangnya kecuali dua buah barang yang bernilai dan masih dalam kondisi yang baik iaitu jam tangan dan minyak wangi.
Gadis itu yang dikenali sebagai Joey Chin telah pergi ke sebuah rumah anak yatim di Petaling Jaya, Selangor untuk memberikan barang tersebut.
“Masih dalam keadaan baik, jadi saya memberikannya kepada yang layak menerima kasih sayang saya.”
Perkongsian gadis ini nyata telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Rata-rata memuji keputusan dilakukan gadis ini dengan memberikan barangan tersebut kepada yang lebih memerlukan.