fbpx
Now Reading
“Ingatkan Kwangsoo”- Isteri Kongsi Gambar Suami Lepas 3 Tahun Undang Dekah Netizen

“Ingatkan Kwangsoo”- Isteri Kongsi Gambar Suami Lepas 3 Tahun Undang Dekah Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesetengah lelaki  akan nampak perbezaan yang ketara sebelum dan selepas berkahwin.

Kebiasaannya, bagi lelaki bujang lebih menjaga penampilan dan gaya agar nampak segak sentisa. Namun, selepas berkahwin rata-ratanya mesti akan berubah dari segi penampilan ataupun gaya.

Kongsi gambar suami

Sama seperti video yang dikongsikan oleh wanita ini yang bernama @shukmiraadventure di laman TikTok ini, dia berkongsi gambar-gambar suaminya sejak awal perkahwinan mereka sehingga yang terbaru.

Wanita yang dikenali sebagai Mira itu menunjukkan foto-foto suaminya disaat awal perkahwinan iaitu 3 tahun yang lalu dan menggabungkan dengan video terbaru suaminya sekarang.

Rambut tak terurus

Apa yang menghiburkan adalah apabila wajah dan gaya suaminya yang dilihat sangat ketara perbezaannya.

Mana tidaknya, video tersebut turut memaparkan suaminya dengan rambut yang tidak terurus. Bahkan, Mira turut menulis kapsyen beserta hashtag #kamusiapa sehingga membuatkan ramai terhibur.

@shukmiraadventure

Tak tengok bini dia lagi 😂 dapat consent suami post video dia 😘🙏🏼 #kamusiapa

♬ original sound – alfi chantika

Netizen turut terhibur

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai netizen yang turut meninggalkan komen lucu dan tertawa dengan video itu. Malah, ada juga yang berkongsi situasi yang sama seperti wanita itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di aplikasi TikTok itu telah mendapat sebanyak  319K views, 26.8K likes dan 752 shares di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.