fbpx
Now Reading
Majikan Tak Benarkan Bekerja Dari Rumah? Buat Aduan Ke Kementerian Sumber Manusia Menerusi Aplikasi Ini

Majikan Tak Benarkan Bekerja Dari Rumah? Buat Aduan Ke Kementerian Sumber Manusia Menerusi Aplikasi Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui bermula selasa, 25 Mei kerajaan telah mula memperketatkan sektor ekonomi dalam mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Antara SOP terbaharu yang dikuatkuasakan adalah mengehadkan waktu sektor ekonomi dan mengehadkan jumlah tenaga kerja di pejabat dimana 80% staf kerajaan dan 40% pekerja syarikat swasta akan diarahkan bekerja dari rumah (BDR).

Namun disebalik arahan tersebut, masih timbul suara-suara di media sosial yang mendakwa terdapat majikan dari sektor swasta yang masih ‘kebal’ dan bersikap kepala batu dengan tidak membenarkan mana-mana pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) sekaligus ingkar dengan arahan had kapasiti 60% kehadiran pekerja yang dikuatkuasakan kerajaan.

Macam bengkel, pasaraya dan sebagainya logik juga la kalau kita masih perlu bekerja di tempat kerja. Tapi kalau syarikat IT, multimedia dan jenis pekerjaan yang boleh dijalankan di rumah kenapa perlu kerahkan semua staf ke pejabat bukan?

Jadi, jika ada diantara anda yang berdepan dengan isu tersebut, anda sebagai seorang pekerja mempunyai hak untuk membuat aduan seperti yang dikeluarkan KSM menerusi FAQ PKP 3.0 Kementerian Sumber manusia bertarikh 25 Mei 2021.

Rujuk perenggan 1 (i,ii,iii) 2, 7 dan 9 di bawah :

Namun berbanding membuat aduan secara emel, anda sebenarnya kini mempunyai cara yang lebih mudah iatu membuat aduan menerusi aplikasi khusus iaitu WFW, (Working For Workers)

Pastikan juga anda mengambil beberapa foto sebagai bukti. Kerana bukti tersebut perlu disertakan di dalam aplikasi berkenaan.

Aplikasi WFW (Working for Workers)

Buat anda yang tertanya-tanya, aplikasi ini adalah inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membolehkan para pekerja untuk membuat sejumlah aduan secara terus kepada mereka.

Malah bagi memastikan tiada sebarang perlanggaran SOP sepanjang PKP3.0 Diperketatkan, KSM telah menambah kategori baharu iaitu ‘Majikan Tidak Benarkan BDR’ bermula Ahad yang lalu.

Jadi apakah caranya ? dan dimana anda boleh mendapatkan aplikasi WFW?

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu :

#1 Muat turun aplikasi tersebut seperti di bawah :

Untuk penguna iOS sila muat turun di sini atau copy paste link ini ke browser anda: https://apps.apple.com/my/app/wfw/id1547555501

Untuk pengguna Android sila klik disini atau copy paste link ini ke browser anda: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bestinet.sapn

Contoh aplikasi di App Store

#2 Daftar akaun (akan menggunakan no telefon dan password) dan login sebaik selesai

#3 Tekan New Complaints dan pilih kategori ‘Employers do not allow work from home’ yang terletak di bawah sekali.

#4 Isi kan maklumat yang diperlukan dan muat naik gambar bukti kemudian tekan next.

#5 Buat pengesahan dan tekan submit!

Selesai!

Takut nak buat aduan, khuatir dikenakan tindakan oleh majikan?

Jangan risau kerana ianya adalah selamat. Menurut KSM dan DOSH, Department of Occupational Safety and Health aplikisi ini akan menjaga kerahsiaan identiti pengadu atau dalam bahasa mudahnya pengadu tidak akan diketahui oleh sesiapa.

Ada yang sudah membuat aduan ke KSM?

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, sehari selepas kategori baharu tersebut diwujudkan di aplikasi berkenaan iaitu pada ahad lalu, mereka telah menerima sembilan aduan berhubung keengganan majikan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR).

“Langkah mewujudkan kategori baharu di aplikasi dalam talian ini adalah inisiatif KSM untuk mengurangkan pergerakan dan kehadiran secara fizikal pekerja yang ingin membuat aduan di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja”

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan

Tambah beliau jika, sekiranya ada lagi golongan pekerja yang dipaksa majikan untuk hadir kepejabat bolehla membuat aduan menerusi aplikasi berkenaan.

“Mana-mana pekerja yang dipaksa oleh majikan untuk hadir ke pejabat dan bercanggah dengan sekatan tambahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diminta membuat aduan melalui aplikasi WFW ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Apa akan jadi selepas membuat aduan?

KSM menerusi jabatan berkaitan kemudiannya akan mula menjalankan siasatan mengikut akta-akta tertentu di bawah kementerian itu dalam masa sama merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebagai nota, selain dapat mengesan status semasa aduan, aplikasi ini juga membenarkan penggguna untuk melakukan pelbagai lagi jenis aduan berkaitan isu kerja antaranya dibuang tanpa notis, pembayaran gaji lewat, tiada cuti tahunan, tiada kontrak pekerjaaan, tiada cuti bersalin dan banyak lagi.

Apa-apa pun nasihat kami, bekerja adalah satu ibadah dan amanah! Meskipun anda tidak dipantau oleh majikan sepanjang BDR jangan sesekali mengambil kesempatan! Jalankan tanggungjawab anda sebagaimana anda bekerja di pejabat.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.