fbpx
Now Reading
“Jangan Palatao”- Isu Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia, Bekas Pilot TUDM Sekolahkan Netizen

“Jangan Palatao”- Isu Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia, Bekas Pilot TUDM Sekolahkan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh tentang pesawat Israel yang dikatakan berada di ruang udara Putrajaya. Perkara itu amat membimbangkan ramai orang yang beranggapan Israel mempunyai agenda sendiri ekoran ketegangan yang berlaku penerbangan antara Israel dan Palestin.

Sedang jalani ujian penerbangan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang bernama Raeiz Hamed di laman Youtube, dia berkongsi pandangan peribadinya tentang kelibat pesawat Israel di ruang udara Malaysia.

Lelaki berkenaan yang juga merupakan bekas juruterbang TUDM ini memaklumkan pesawat Israel yang dikatakan memasuki ruang udara Malaysia hanyalah sekadar pesawat komersial.

Bahkan, pesawat itu juga difahamkan sedang menjalankan ujian penerbangan di Singapura dan tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

Banyak dah pesawat lalu sebelum ini

 Dah beribu-ribu aircraft yang lalu dekat ruang udara kita sebelum ni. Namun, disebabkan ketegangan yang berlaku baru-baru ini mungkin membuatkan rakyat Malaysia takut.

Raeiz turut memberitahu setiap pesawat yang melalui ruang udara akan mengikut laluan udara antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Oleh sebab itulah muncul pesawat Israel yang digempar-gempurkan oleh orang ramai itu sedangkan ia hanya kapal terbang komersial yang dalam perjalanan ke Singapura.

Katanya, itu memang laluan yang perlu dilalui kapal terbang berkenaan, jadi tidak hairanlah dia melintasi laluan tersebut.

Ruang udara bukan milik sesuatu negara

Tambahnya, ruang udara di kesemua negara bukanlah milik mereka sepenuhnya. Maka, mana-mana pesawat pun boleh lalu dengan hanya memberitahu kepada trafik tanpa meminta kebenaran di ruang negara tersebut.

Ruang udara di setiap negara bukanlah milik negara tersebut sepenuhnya dimana ia bermaksud pesawat lain boleh lalu dengan memaklumkan kepada trafik tanpa perlu minta kebenaran dari trafik ruang udara di negara itu.

Berhenti sebar berita palsu

Namun apa yang lebih dikesalkannya adalah tuduhan dan teori konspirasi yang dikeluarkan sesetengah netizen yang membuat cerita palsu bahawa pesawat Israel itu sudah menyembur bahan kimia serta virus di ruang udara Malaysia. Lebih memburukkan apabila ramai yang menyerang TUDM dan ATM dengan menuduh mereka tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat rejim Zionis tersebut.

Dalam Al-quran pun ada cakap, sekiranya anda menyebarkan benda tidak betul. Benda itu juga boleh dikira fitnah.

Pemuda itu turut menerangkan pesawat yang memasuki ruang udara Malaysia akan dipantau oleh TUDM dan pihak TUDM akan segera menghalau mana-mana pesawat yang dilihat keluar dari laluan udara antarabangsa yang ditetapkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.