fbpx
Now Reading
Khairulaming Repost Kisah Golongan Ibu Bapa Ambil Vaksin, Beri Galakan Kepada Yang Takut Nak Daftar

Khairulaming Repost Kisah Golongan Ibu Bapa Ambil Vaksin, Beri Galakan Kepada Yang Takut Nak Daftar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tatkala ramai yang menunggu-nunggu vaksin Covid-19 bersama harapan untuk meletakkan titik noktah kepada pandemik, masih ada kelompok yang berasa was-was atau takut untuk mengambilnya terutama sekali daripada golongan yang berusia.

Disebabkan itu, selebriti masakan, Khairul Aming menggunakan platform media sosialnya untuk menggalakan lebih ramai ibu bapa yang mendaftar vaksin.

Menurut perkongsian Khairul Aming di laman Twitter semalam, dia menyeru orang ramai untuk menyebarkan tentang kebaikan vaksin kepada sesetengah golongan ibu bapa yang masih takut untuk pergi mendaftar.

Kalau parents anda masih tak yakin nak ambil vaksin, pls show them my ig stories. I have reposted sebanyak mungkin gambar2 warga emas yg dah selamat ambil vaccine, termasuk yg berumur 90 lebih.

Menerusi salah satu gambar yang dimuat naik, Khairul Aming meminta sesiapa sahaja yang sudah membawa ibubapa mereka mengambil vaksin untuk  ‘tag’ dirinya agar mereka dapat berkongsi pengalaman masing-masing.

Foto: Twitter

Tambahnya, dia berbuat demikian supaya dapat membuka mata sesetengah pihak yang berasa vaksin itu berbahaya terutama kepada golongan yang lebih tua.

Mak ayah sebenarnya dia nak covid ni berakhir tapi maybe dia terpengaruh dgn geng antivax. sbb tu i compiled sebanyak mngkin gambar makcik pakcik at their age utk yakinkan lagi diaorg. pls help me spread the message.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Malah, Khairul juga berharap masyarakat Malaysia dapat sama-sama bantu untuk menyebarkan berita tersebut sebagai salah satu langkah untuk menghentikan penularan wabak penyakit tersebut.

If you can get one person to change their mind pun dah sgt2 awesome dh. This is a collective effort, kita semua kena all out buat sama2 untuk spread awareness.

Usahawan Sambal Nyet itu juga turut berkata dengan cara tersebut dapat membuatkan golongan senior merasa selamat selepas melihat gambar-gambar yang dikongsikan berkenaan.

Foto: Twitter

At this point kalau explain dari sudut technical or sains diaorg susah nak digest. emotional approach will be better. let them feel safe lepas dh tengok gambar makcik pakcik yang lain dah selamat ambil vaccine.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut memuji dan menyokong tindakan Khairul Aming. Malah, ramai juga yang turut berkongsi kisah ibu bapa dan atuk nenek mereka yang telah menerima vaksin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.