fbpx
Now Reading
Mangsa Tragedi Pelanggaran LRT Laluan Kelana Jaya Kongsi Detik Hitam Sewaktu Kejadian

Mangsa Tragedi Pelanggaran LRT Laluan Kelana Jaya Kongsi Detik Hitam Sewaktu Kejadian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan kejadian pelanggaran dua buah tren LRT laluan Kelana Jaya dari arah bertentangan. Daripada jumlah keseluruhan 213 orang penumpang, 47 orang dilaporkan parah manakala 166 penumpang yang lain pula cedera ringan.

Melihat keadaan yang mengerikan dikongsi di media sosial, ianya sudah tentu boleh memberi impak buruk buat yang terlibat dalam kemalangan itu. Mungkin juga ada yang mengalami trauma selepas menempuh detik hitam ini.

Di Twitter, seorang mangsa kejadian yang lebih dikenali sebagai Khairi telah berkongsi situasi sewaktu kejadian itu berlaku.

Sebelum kemalangan mengejutkan itu berlaku, dia sempat merakam situasi di dalam tren di mana masing-masing sedang bermain telefon.

Pada masa yang sama, perjalanan tren juga agak lambat dan tidak bergerak hampir 15 minit.

Namun secara tiba-tiba, situasi yang tidak disangka telah berlaku selepas tren itu memulakan perjalanan.

Sejurus tersedar dan dalam keadaan terpinga-pinga, dia ternampak penumpang lain dengan muka berlumuran darah dan meraung kesakitan.

Walaubagaimanapun, perkongsian itu terhenti buat sementara waktu kerana lelaki itu masih trauma dengan kejadian itu dan berhasrat untuk menyambung lagi sekiranya dia lebih bersedia nanti.

Foto Kredit: BFM News

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.