Tidak Memahami Si Ayah Sudah Tiada, Anak Kecil 2 Tahun Panggil & Setia Tunggu ‘Abah’ Pulang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan insan yang disayangi semestinya perkara yang berat untuk dihadapi. Tetapi kita tetap perlu menerima ujian tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa kerana yang hidup pasti akan kembali jua kepada Sang Pencipta.
Kisah ini dapat dikaitkan dengan seorang gadis yang telah kehilangan ayah kandungnya. Namun begitu, ia mengundang sebak ramai kerana adik kecilnya masih tidak dapat memahami pemergian ayahnya dan setia menunggu kepulangan.
Menerusi perkongsian gadis itu sendiri di TikTok @sawiigorengg, adik lelakinya yang berusia 2 tahun tanpa jemu memanggil ayahnya dengan panggilan ‘Abah’ berulang-ulang kali di luar rumah dengan harapan ayahnya akan pulang.
Abah dah tenang kat sana Adik..
@sawiigorengg Abah dah tenang kat sane adik , doakan abah ya 😌❤️
♬ bunyi asal – Timunrebus
Si bongsu turut bertanya keberadaan ayahnya. Walaupun telah diterangkan tentang pemergian arwah, sudah tentu dia tidak faham dengan keadaan itu.
Di videonya yang lain, adik kecilnya itu masih setia mencari walaupun telah masuk malam yang kedua.
Malam kedua Adik masih cari Abah
@sawiigorengg ♬ bunyi asal – Timunrebus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi kanak-kanak itu disamping mengucapkan takziah dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan adik bongsu.