fbpx
Now Reading
Sudah Tiba Di Mesir, Netizen Doakan Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Palestin Dipermudahkan

Sudah Tiba Di Mesir, Netizen Doakan Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Palestin Dipermudahkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew selalu membantu orang-orang yang kesusahan. Terlalu banyak sisi kebaikan yang terserlah daripada keperibadiannya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas berkenaan telah berangkat ke Mesir dengan membawa misi kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin.

Difahamkan, Ustaz Ebit telah berlepas ke negara tersebut pada hari kelmarin.

Menurut kapsyen di posting berkenaan, Ustaz Ebit memohon doa orang ramai supaya perjalanan untuk misi bantuan kemanusiaan itu dipermudahkan Tuhan.

Pohon doakan yer Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.

Selain itu, Ustaz Ebit turut mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Hishamuddin, DYAM Tengku Makhkota Johor dan YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah membantunya dan menyokong misi kemanusiaannya itu.

Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini.

Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa.

Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew memuat naik posting ketibaanya di Mesir dan mengharapkan agar Tuhan merahmati usaha misi kemanusiaan itu.

Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu GAZA.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pihak Ustaz Ebit Lew dilindungi dan dipermudahkan segala urusan sepanjang misi bantuan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.