Jatuh Rebah Secara Tiba-Tiba, Wanita Thailand Maut Semasa Buat ‘Live’ Memasak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ajal maut semuanya di tangan tuhan. Namun siapa sangka seorang wanita di Thailand dilaporkan maut ketika sedang memasak.
Lebih menyedihkan kejadian tersebut turut disaksikan pengikutnya memandangkan wanita tersebut ketika kejadian sedang memasak sambil melakukan live stream.
Sedang berkongsi resepi di live
Menerusi satu video viral di laman sosial, wanita yang dikenali sebagai Cik Pimporn itu pada mulanya sedang berkongsi resepi masakannya kepada para pengikutnya di Facebook.
Dia yang ceria dan begitu bersemangat memasak bagaimanapun tiba-tiba terdiam dan kaku di pertengahan video sebelum rebah ke kuali masakan dan akhirnya terbaring di lantai dengan kakinya terketar-ketar.
Tidak lama kemudian, suaminya yang menyedari kejadian tersebut bergegas mendapatkan wanita berkenaan sebelum membawanya ke hospital.
Hidap penyakit jantung
Namun bagai sudah tertulis wanita yang berusia 40 tahun itu akhirnya dilaporkan maut dan ada yang mendakwa ianya disebabkan serangan jantung.
Insiden yang mendapat liputan media di Thailand itu turut dikongsikan seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Cleopatra.
Menurut kapsyen Cleo di posting Instagramnya, dia mengatakan masyarakat hari ini sanggup menghabiskan masa dengan media sosial daripada mendapatkan rehat yang secukupnya.
Pakar cadang orang ramai untuk kerapkan jalani pemeriksaan kesihatan
Namun begitu apa penyebab sebenar wanita berkenaan rebah masih belum diketahui memandangkan ada portal berita yang melaporkan keluarganya menafikan wanita berkenaan sihat fizikal dan tidak menghidap apa-apa penyakit semasa hayatnya.
Prihatin dengan isu tersebut, beberapa pakar perubatan di sana kemudiannya mencadangkan orang ramai agar kerap melakukan ujian kesihatan setiap tahun khususnya mereka yang semakin berumur.