fbpx
Now Reading
Ini 15 Freebies & Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin, Makanan Paling Banyak!

Ini 15 Freebies & Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin, Makanan Paling Banyak!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak kerajaan Malaysia mengeluarkan vaksin AstraZeneca, ramai yang tidak melepaskan peluang membuat pendaftaran untuk mendapatkannya. Tambahan pula kes jangkitan Covid-19 masih dalam tahap yang membimbangkan, jadi ramai yang cuba sedaya upaya untuk melindungi diri mereka dengan mengambil apa jua vaksin ditawarkan.

Dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas Covid-19, pelbagai deals daripada F&B dan lain-lain ditawarkan kepada individu yang telah divaksin.

Paling best, kebanyakannya boleh didapatkan secara percuma. Cuma tunjuk kad atau status vaksin di aplikasi MySejahtera je!

Percuma

#1 Jibril

Buat penggemar Butter Chicken dari Jibril, segera ke cawangan Jibril yang berdekatan untuk redeem secara percuma. Yang penting, boleh claim sekali je tau. Juga boleh ditebus di cawangan Mona By Jibril.

#2 FIXI

Buat peminat buku, inilah masanya untuk anda tambah collection korang. Yang paling penting, korang boleh pilih apa sahaja buku yang diinginkan.

#3 Wingz Malaysia

Siapa pernah makan fries berperisa tomyam? Kalau belum, bolehlah cuba Crunchy Tomyam Fries dari Wingz. Mana tahu kalau suka lepas ni boleh beli pula kan? Namun tawaran ini hanya untuk take away sahaja ok?

#4 Svart Cafe

Kami yakin pasti di sini yang gemarkan Mac and Cheese kan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan makanan kegemaran anda ini secara percuma di Svart Cafe, Tamarind Square, Cyberjaya. Macam biasa, cuma tunjukkan kad vaksin je!

#5 Hedley Books and Coffee

Dengan setiap pembelian sepotong kek, korang berpeluang untuk dapatkan secawan Americano. Tapi ia tak boleh ditukar ke minuman lain dan sah dari 27 Mei sehingga 27 Jun ini.

#6 Bean Jr.

Sekadar tunjukkan kad vaksin, korang boleh dapatkan dessert secara percuma. Paling best, tak ada limit masa tau. Deal ini bermula pada 1 Jun.

#7 Don’t Yell at Me

Teh krisantimum adalah minuman terkenal dengan fungsi untuk mengurangkan rasa panas. Jadi kalau rasa macam nak nikmati minuman sejuk di musim panas, segera redeem minuman ini. Free pun free kan?

#8 Churitto’s Fresh Mex

Buat peminat makanan Mexico, segera ke Churitto’s Fresh Mex untuk dapatkan Mojito dan Soft Taco secara percuma. Ia boleh didapati di cawangan Publika dan SS15. Hanya untuk walk in customer.

#9 Bo The Avocado

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan apa sahaja smoothie kegemaran anda di Bo The Avocado. Korang hanya perlu menghantar DM dan email sijil vaksinasi dan e-voucher akan diberikan. Voucher ini boleh ditebus sehingga 30 September. Tapi sehari 10 cawan sahaja akan diberikan jadi datang awal okay?

#10 KGB Killer Gourmet Burgers

Buat yang belum divaksin tetapi telah mendaftar atau bakal membuat pendaftaran suntikan vaksin, korang cuma perlu tunjukkan status MySejahtera anda untuk menikmati Set Upgrade secara percuma! Boleh ditebus di mana mana cawangan KGB. Jangan risau, yang dah vaksin pun boleh dapat juga!

Diskaun

#1 The Brew Crew

Dapatkan minuman kopi premium dengan separuh harga di The Brew Crew. Hanya tunjukkan kad vaksinasi anda dan nikmati 50% diskaun untuk satu minuman. Tawaran ini terhad sehingga 30 Jun sahaja.

#2 Mukha Cafe

Dah lama tak makan kek? Kalau begitu, segera ke Mukha Cafe untuk dapatkan diskaun 50% untuk kek atau dessert yang kedua. Terdapat banyak pilihan termasuklah Red Velvet Cup Cake, Salted Caramel Chocolate dan pelbagai lagi. Yang pasti memang murah! Deal ini juga boleh didapati di Souka Bake Shop pada setiap Isnin hingga Jumaat.

#3 Temerloh Catering

Dapatkan Set Patin Tempoyak Kecil hanya dengan RM7 di Temerloh Catering. Promosi ini sah sehingga 30 Jun.

#4 Llaollao

Tipu lah kalau tak minat Llaollao kan? Aiskrim yogurt ini memang dah jadi pilihan rakyat Malaysia sebagai dessert kegemaran. Khas buat yang sudah divaksin, cuma tunjukkan status vaksinasi anda dan nikmati diskaun sebanyak 15% dalam satu bil! Deal ini sah sehingga 31 Ogos.

#5 Kraun

Buat yang bercadang untuk beli tudung, dapatkan Chevron Collection dari Kraun. Korang cuma perlu tunjukkan kad vaksin melalui Shopee chat Kraun dan nikmati diskaun sebanyak 15%.

Jadi tunggu apa lagi, kalau dah vaksin bolehlah terus redeem apa sahaja yang korang suka. Tapi pastikan amal SOP okay!

Kredit Foto: Everyday on Sales, Malaysian Foodie

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.