
Bagi Duit Raya & Sumbangan Kepada Dua Beradik Jual Mangga, Video Lelaki Ini Buat Netizen Terharu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Khaeirul Anuar di laman TikTok, kelihatan lelaki itu memberhentikan keretanya di tepi jalan selepas melihat dua orang kanak-kanak yang sedang menjual mangga.
Teruja ada orang datang membeli
Ketika lelaki tersebut tiba, kanak-kanak berkenaan dilihat begitu teruja dan gembira.
Malah, kanak-kanak berkenaan terus pergi ke kereta lelaki itu untuk menanyakan jika dia hendak membeli buah mangga atau tidak.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan merupakan adik-beradik dan mereka menjual buah mangga di tepi jalan itu demi membantu meringankan beban ibunya.
Hulur duit raya
Setelah membeli beberapa biji buah mangga daripada mereka, lelaki tersebut sempat menghulurkan duit raya kepada dua beradik berkenaan.
@abecoach Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. Insyaallah sama 2 kita membantu mengikut kemampuan.#allahsayang
♬ Atouna El-Toufoule – Ammar Fathani
Turut memberikan sumbangan keperluan
Dalam posting terbarunya, Khaeirul turut memberikan sedikit sumbangan dengan membeli barangan dapur dan keperluan kepada mereka.
@abecoach Insyaallah kita bantu orang..Allah permudahkan urusan kita..##allahsayang ##anakkecil ##anaksoleh ##anaksolehah
♬ Di Pondok Kecil – Nadamurni
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 434.7K views, 39.9K likes dan 3K comments di aplikasi TikTok. Rata-rata netizen terharu dengan tindakan lelaki itu.
Semoga perkongsian seperti ini dapat dijadikan inspirasi kepada orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.