fbpx
Now Reading
“Foto & Tulisan Asal Bukan Penulisan Saya”- Staf Mak Neelofa Mohon Maaf, Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

“Foto & Tulisan Asal Bukan Penulisan Saya”- Staf Mak Neelofa Mohon Maaf, Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan satu tangkap layar dari IG Story ibu kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang didakwa mempersoalkan kuasa sultan Johor dan sistem perlembagaan Malaysia.

Namun, tidak lama kemudiannya Kartini tampil memohon maaf dan menafikan pengilbatannya berhubung isu berkenaan. Jelasnya kejadian tersebut berlaku di atas kecuaian seorang pekerjanya yang bertanggungjawab menguruskan akaun sosial media miliknya.

Dia dalam masa sama turut tampil membuat laporan di balai polis berhubung isu berkenaan.

Baca artikel berkaitan : Persoal Kuasa Sultan Johor : Ibu Neelofa Mohon Maaf & Buat Laporan Polis, Dakwa Kecuaian Staf Guna Akaun Miliknya

Pekerja tampil mohon maaf, perjelaskan apa yang terjadi

Terbaru stafnya iaitu pengurus media sosial yang dimaksudkan, Zulshafiqah Zulkafli telah tampil memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga diraja khususnya Sultan Johor dan mengakui bertanggungjawab dengan apa yang sedang berlaku.

Tersilap muat naik tangkap layar

Menerusi akaun instagramnya, Zulshafiqah menjelaskan dia telah tersilap memuat naik tangkap layar berkenaan yang sepatutnya disimpan untuk rujukan sahaja.

Malah menurutnya dia tidak juga tidak mempunyai niat untuk memuat naik tangkap layar berkeaan ke akaun instagram majikannya hatta dirinya sendiri.

“Dengan ini saya Zulshafiqah Zulkafli, Pengurus Media Sosial bagi akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyatakan permohonan maaf saya kepada KeBawah

1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
2.Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat seluruh kerabat diRaja Johor.
3.Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan sekeluarga.

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar. Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

Foto dan tulisan asal bukan tulisannya atau Noor Kartini

Tambahnya lagi foto dan tulisan pada tangkap layar tersebut juga bukan tulisan asal darinya mahupun Noor Kartini.

“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri”

Dia dalam masasama sekali memohon maaf kepada seluruh keluara diRaja di atas kecuaiannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut di masa hadapan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.