fbpx
Now Reading
Raih Kutipan Dana RM22K Daripada Orang Ramai, Syed Saddiq Hulur Bantuan Bagi Kanak-Kanak Memerlukan

Raih Kutipan Dana RM22K Daripada Orang Ramai, Syed Saddiq Hulur Bantuan Bagi Kanak-Kanak Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak mengenali  Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga merupakan bekas Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Baru-baru ini, Syed Saddiq telah memuat naik di laman Twitter miliknya mengenai kisah beliau membantu seorang anak kecil bernama Muhammad.

Tinggal bersama nenek sahaja

Adik Muhammad difahamkan hanya tinggal bersama neneknya kerana ibunya berada di penjara akibat kes dadah manakala ayahnya pula tidak dapat dikesan.

Pada minggu lalu, Syed Saddiq telah membuat kutipan amal yang telah mendapatkan hasil sebanyak RM22 ribu terkumpul.

Foto: Twitter

Hasil kutipan dana sebanyak RM22 Ribu

Foto: Twitter

Melalui posting beliau di Twitter, Ahli Parlimen Muar itu memaklumkan bahawa jumlah yang terkumpul dari hasil crowdfunding berkenaan adalah bernilai RM22 ribu.

Jumlah berkenaan akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu RM10 ribu untuk tabung SSPN, RM2 ribu bagi perbelanjaan makan minum dan RM10 ribu untuk pendidikan harian.

Akan masukkan ke sekolah berasrama

Foto: Twitter

Tambahnya, beliau berbuat demikian adalah kerana adik Muhammad masih muda dan memaklumkan bahawa pihaknya juga akan mendaftarkan adik Muhammad ke sekolah berasrama penuh.

Saya bantu begini kerana adik Muhammad masih kecil untuk terima tunai.

Hal belajar, kita ingin masukkan adik ke sekolah berasrama penuh. Kebajikan dijaga. Permintaan neneknya juga.

Malah, beliau itu turut menyertakan nombor akaun bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Muar.

Kalau nak bantu keluarga susah di Muar, boleh rujuk sini:

CIMB PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN MUAR: 8603323060

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kepada Syed Saddiq atas tindakan beliau tersebut. Semoga lebih ramai yang prihatin dan mencontohi sikap beliau dalam membantu insan yang kurang bernasib baik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.