Terkesan Dengan Pesanan Kawan, Gadis Ucap Syahadah Selepas Sekian Lama Cari Kebenaran

Kebelakangan ini kita kerap mendengar kisah orang yang memilih untuk memeluk Islam sebagai pegangan hidup. Mereka ini kebiasaannya akan dibantu oleh saudara Islam yang lain untuk memahami dan mengetahui tentang ibadah atau apa-apa sahaja perkara wajib dipraktikkan sebagai seorang Muslim. 

Cara hafal surah sendiri

Di media sosial, gadis yang baru memeluk agama Islam kini giat berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang mualaf.

Christina Chew di TikTok @cristinachew telah berkongsi sendiri cara menghafal surah lazim. Dalam perkongsian itu, dia menulis surah dalam tulisan rumi pada sehelai kertas. Ayat suci itu kemudiannya diletakkan di hadapan sejadah untuk dibaca sewaktu solat.

@cristinachew

Say whatever you want. Islam is my religion & I’m not oppressed. ##iloveislam ##islamispeace ##reverttoislam ##newmuslim ##surah ##alquran ##allahisgreat

♬ original sound – dearcristina

Video yang mendapat lebih 140 ribu kali tontonan itu mendapat pujian ramai atas usaha kerasnya untuk menghafal surah lazim.

Tabah menempuhi ujian sebagai saudara baru

Namun begitu, menurutnya hidup sebagai seorang saudara baru bukanlah mudah tetapi ia boleh diatasi berbekalkan rasa tabah dan bersemangat untuk menempuhi segala rintangan, seperti dipetik Mstar.

Cristina dilahirkan dalam sebuah keluarga dengan kepercayaan Buddha. Dia juga pernah menganut agama Kristian dan menjadi seorang Atheis sebelum mengucap dua kalimah secara rasmi pada Januari 2019.

Foto: IG Cristina Chew

“Sebelum ini saya melompat-lompat agama untuk mencari jawapan kepada soalan dalam kepala iaitu siapa tuhan. Namun tak dapat jawapannya. Masa melanjutkan pelajaran, saya bertemu dengan ramai rakan Muslim daripada negara asing.

“Saya bertanyakan soalan yang berlegar-legar dalam kepala dan mereka sangat terbuka menjawabnya. Dengan mereka, saya berani bertanya dan mereka tak pernah paksa saya.”

Pesanan rakan Muslimnya beri tamparan hebat

Gadis yang berasal dari Klang, Selangor ini berkata pertemuannya dengan seorang rakan telah mengetuk hatinya untuk menjadi seorang Muslim. Dia juga pernah ‘kantoi’ kerana kerap bertanya soalan berkenaan Islam kepada rakannya.

“Dia bertanya sama ada saya nak peluk Islam tapi masa itu saya berdalih lagi. Kemudian dia berkata sesuatu yang benar-benar memberi tamparan.

“Katanya dia tak tahu bila ajal akan datang. Mendengar katanya, kemudian saya mengucap kalimah syahadah.”

Foto: IG Cristina Chew

Ia sudah semestinya bukan perkara senang untuk diterima oleh ahli keluarga yang merupakan penganut Buddha konservatif. Tetapi segalanya dipermudahkan sepanjang dua tahun mereka tinggal di bawah bumbung yang sama.

Kredit Foto: Cristina Chew

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

15 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

15 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

17 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago