Bantu Atas Tanggungjawab Fardhu Kifayah, Pemuda Ini Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Negara kita ketika ini dibelenggu jumlah kes jangkitan Covid-19 yang sangat tinggi dan sukar untuk dikawal. Kakitangan pula tidak cukup sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa meminta bantuan orang awam untuk menjadi sukarelawan kesihatan.
Situasi ini dapat dikaitkan dengan pemuda ini menjadi sukarelawan dengan menyertai Badan NGO, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia(SPJM) yang terlibat menguruskan jenazah di Malaysia termasuk pesakit Covid-19.
“Kesian kami yang berada di barisan hadapan.”
Menerusi perkongsiannya sendiri di TikTok @fir_ahmad, dia sedang memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lengkap untuk menguruskan jenazah mangsa Covid-19.
@fir_ahmad Bantu kami , kesian kami yg berada di barisan hadapan ##fyp ##fypdongggggggg ##fypmalaysia ##fypindonesia ##fypシ
♬ Hasbi Rabbi – Khai Bahar
Pada masa yang sama, Fir Ahmad atau nama sebenar, Firdaus Ahmad meminta kerjasama orang ramai untuk kekal berada di rumah dan patuh dengan SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan memandangkan terlampau banyak kes kematian kebelakangan ini.
“Bantu kami, kesian kami yang berada di barisan hadapan.”
Sukarela bantu atas tanggungjawab fardhu kifayah
Sebagai permulaan, dia kini masih begelar sukarelawan untuk SPJM. Menurutnya dia rasa terpanggil untuk melakukan tindakan murni itu atas dasar tanggungjawab fardhu kifayah dan juga jumlah kes kematian yang semakin tinggi.
“Untuk permulaan ni saya volunteer untuk Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia. Kes kematian makin banyak. Saya terpanggil buat kerja ini atas dasar tanggungjawab fardhu kifayah.
“Niat saya sekurang-kurangnya dapat bantu kawan-kawan jika ada yang nasib macam ni. Boleh urus sendiri jenazah keluarga dan kawan-kawan.”
Hero tidak didendang ini kini dalam penilaian untuk diserap sebagai kakitangan tetap skuad pengurusan jenazah itu.