fbpx
Now Reading
Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang Moratorium Di bawah Inisiatif Pemerkasa+

Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang Moratorium Di bawah Inisiatif Pemerkasa+

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas telah mengumumkan beberapa insiatif di bawah Program Stragetgik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan, Pemerkasa Plus, untuk orang ramai ekoran dari perlaksanaan larangan pergerakan penuh yang sudah berkuaskuasa hari ini.

Antara inisiatif yang diumumkan adalah Bantuan Pinjaman Bank Bersasar yang terdiri dari dua kategori bantuan hasil dari perbincangan di antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankankan tempatan

Dua kategori bantuan yang diberikan ialah Moratorium pinjaman selama 3 bulan dan Pengurangan bayaran balik ansuran 50% selama 6 bulan .

Masih keliru?

Jika anda masih keliru ia sebenarnya merupakan satu pilihan untuk mereka yang layak iaitu: anda boleh memilih sama ada mahu

Pilih moratorium : iaitu mendapat pengecualian pembayaran penuh selama 3 bulan. ( jadi tak perlu bayar pinjaman bank selama 3 bulan

ATAUPUN

Pilih pengurangan 50% : iaitu anda hanya perlu membayar 5% dari amaun asal anda bagi tempoh enam bulan.

Siapa yang dikategorikan layak?

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam sidang media secara petang tadi,  Kementerian Kewangan (MOF) memberi jaminan kelulusan akan diberikan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan kepada peminjam yang terkesan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Jadi siapakah yang dikategorikan sebagai layak atau dalam bahasa mudahnya disenaraikan sebagai golongan ‘terkesan’?

Mereka yang layak terdiri dari :

1.Mereka yang hilang pekerjaan sama ada daripada kumpulan B40, M40 dan T20
2.Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
3.Perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Selain itu peminjam dari kalangan M40 dan T20 yang berdepan pengurangan pendapatan juga layak memohon untuk mendapatkan pengurangan bayaran ansuran dari bank sejajar dengan pengurangan pendapatan yang dihadapi.

Jadi bagaimana cara memohon?

Hanya perlu hubungi bank dan buat pilihan

Menurut Tengku Zafrul untuk mendapatkan bantuan moratorium tersebut orang ramai yang terkesan perlu memohon dengan menghubungi bank mereka dan memilih pilihan (antara mora atau pengurangan) sebelum kelulusan diberikan.

“Peminjam yang terkesan boleh menghubungi bank mereka untuk memilih apa yang mereka mahukan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

“Saya ingin menekankan bahawa bantuan bukan saja dalam bentuk moratorium saja, institusi perbankan juga telah menyediakan pakej khusus untuk peminjam yang terjejas. Institusi perbankan komited untuk memproses pakej ini dengan c

Kerajaan tiada kuasa menentukan moratorium yang boleh disediakan bank.

Namun kami difahamkan bantuan ini masih lagi belum tersedia ditawarkan pihak bank memandangkan ia baru sahaja diumumkan Perdana Menteri semalam. Namun jangan risau kerana kami yakin pihak bank akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Beliau dalam masa sama turut mengingkatkan kerajaan sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan moratorium yang boleh disediakan oleh bank atau bagaimana ia dilaksanakan.

“Kerajaan tidak mengawal bank. Ini adalah pendirian bank dan BNM menguruskan usaha ini,” katanya lagi sewaktu menjawab soalan kenapa moratorium kali ini dijalan secara bersasar dan bukan kepada semua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.