fbpx
Now Reading
Baru Bernikah 11 Hari, Suami Meninggal Akibat Serangan Jantung

Baru Bernikah 11 Hari, Suami Meninggal Akibat Serangan Jantung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki, ajal, jodoh dan maut memang sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada dalam kandungan lagi. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari sang pencipta.

Tidak dinafikan, diuji dengan kehilangan orang tersayang adalah sangat memeritkan.

Baru bernikah 11 hari

Begitulah yang dilalui oleh wanita ini apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa suami yang baru dinikahi telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna yang bernama Miss Qishz di laman TikTok, dia menceritakan kisah duka yang dialaminya apabila kehilangan suami yang tercinta.

Kena serangan jantung

Difahamkan, suaminya telah meninggal pada 29 Mei lalu akibat serangan jantung. Lebih memilukan, pemergian suaminya itu terjadi selepas 11 hari mereka berkahwin.

Tidak tunjuk tanda-tanda mahu ‘pergi’

Menurut wanita tersebut, dia memberitahu bahawa arwah suaminya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah tampak sangat ceria  dan gembira sahaja.

Video yang berdurasi 22 saat itu juga turut menunjukkan foto kompilasi majlis pernikahan, di hospital dan proses pengebumian arwah suaminya yang berusia 27 tahun itu sehingga mengundang sebak netizen.

@qishz0319

Perkahwinan kami baru 11hari pada 29hb 5 suami dijemput ilahi.. Besar kuasaMu ya allah.. #fyp #couplegoals #loveyoumydear

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

Al-fatihah

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mencapai sehingga lebih 706.7K views , 500K likes dan 5K comments di laman Tiktok. Rata-rata warganet meninggalkan komen takziah kepada wanita tersebut.

Semoga wanita ini tabah menjalani ujian dan arwah suaminya ditempatkan dikalangan orang beriman. Al fatihah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.