fbpx
Now Reading
Jurufoto Dakwa Dapat Surat Kebenaran Beroperasi Meski Bukan Bawah Sektor Essential

Jurufoto Dakwa Dapat Surat Kebenaran Beroperasi Meski Bukan Bawah Sektor Essential

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini merupakan hari kedua pelaksanaan sekatan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan a dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang semakin meruncing di dalam negara.

Dengan pelaksanaan ini aktiviti sosial dan kebanyakan sektor ekonomi tidak dibenarkan  semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essentials) yang telah disenaraikan MKN.

Namu setiap perkhidmatan perlu yang ingin beroperasi perlu mendapatkan kebenaran terlebuh dahulu dengan mengenakan permohonan menjalankan operasi melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.

Jurufoto dapat kebenaran beroperasi

Namun sejak awal pagi tadi tular di media sosial surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan MITI kepada seorang lelaki yang merupakan pengusaha perniagaan fotografi.

Pengusaha tersebut iatu Fadhil Roslizan mengakui terkejut selepas mengetahui yang perniagaan fotografinya dibenarkan beroperasi sedangkan sektor perkhidmatannnya tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu.

“Saya cuba kemaskini maklumat saya di CIMS 3.0. Dukacita dimaklumkan, syarikat saya DIBENARKAN OPERASI .

“Saya cuba nak counter tuduhan sistem CIMS3.0 tak telus. Jadi saya kemaskini maklumat saya. So, saya nak tahu adakah 95,142 syarikat yang lulus ni BENAR-BENAR ditapis oleh MITI atau hanya bergantung harap kepada sistem sahaja?” ciap Fadhil di Twitter.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, jurufoto ini memaklumkan dia pada mulanya terkejut selepas membaca laporan berita bahawa terdapat 95 ribu syarikat yang sudahpun mendapat kelulusan.

Curiga dengan angka tersebut dia kemudian pmencuba mengemaskini maklumatnya sebelum dikejutkan dengan pemakluman bahawa ‘permohonannnya’ berjaya.

Dia dalam masa sama turut meminta pihak MITI untuk mengambil langkah yang lebih drastik dalam menapis setiap permohonan.

MITI beri maklum balas, kebenaran sudah dibatalkan

Terbaharu, pihak MITI sudah pun menghubungi Fadhil dan memaklumkan bahawa permohonnnnya sudahpun di batalkan.

Menerusi maklumbalas tersebut mereka turut memohon kerjasama orang ramai untuk melaksanakan pemberdayaan diri agar dapat mengurangkan trafik ke sistem bagi memberi ruang kepada mereka yang perlu membuat permohonan.

Namun respon yang diberikan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai memandangkan perkara tersebut hanya disedari oleh pihak MITI selepas lelaki tersebut tampil.

MITI kemudian sekali lagi membalas dengan memaklumkan bahawa setiap permohonan akan diproses untuk tapisan oleh 9 kementerian yang berkaitan.

Jadi apakah pandangan anda mengenai isu ini?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.