Lucu! Lelaki Order ‘Kolam Renang’ Untuk Mandi Manda, Tapi Yang Sampai Kolam Rendam Kaki
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat pesanan online
Membuat pesanan barangan online haruslah diteliti dengan betul kerana jika tersalah beli, kita juga yang rugi.
Sama seperti kisah seorang lelaki di Wolverhampton baru-baru ini yang telah tersalah membeli kolam renang.
Menurut sumber, lelaki yang dikenali sebagai Mick Daffern itu telah membuat pembelian sebuah kolam renang mudah alih secara online memandangkan cuaca panas yang sedang dialami di kawasan Wolverhampton. Dia merancang untuk bermandi-manda di dalam kolam tersebut pada waktu terluang.
Dapat kolam rendaman kaki
Apa yang memeranjatkan adalah semasa barang yang dipesan tiba, kolam renang yang disangka sepanjang 8 kaki berkenaan rupa-rupanya hanyalah sebuah kolam rendaman kaki untuk kanak-kanak!
Lebih melucukan, bapa kepada dua anak itu turut diperli oleh isterinya gara-gara kedekut dan hanya ingin memiliki kolam berkenaan kerana ia diiklankan dengan harga yang cukup murah iaitu 7 Pound Sterling (RM41).
Terpedaya dengan ilustrasi
Tambahnya, dia mengakui bahawa telah terpedaya dengan gambar yang diletakkan dalam laman web pembelian berkenaan.
Difahamkan, Mick akui telah ditipu dan sekurang-kurangnya kolam renang itu boleh diberikan kepada anak gadisnya yang berusia 9 tahun.
Bagi mereka di luar sana, silalah berhati-hati ketika membuat pembelian ‘online’ dan luangkan sedikit masa untuk membaca info produk serta review yang ditinggalkan pada ruangan komen kedai online tersebut.