Dakwa BTS Meal Sokong Kekejaman Pada Haiwan, PETA Asia Teruk Dikecam Seolah Mahu Tumpang Populariti
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 26 Mei yang lalu, promosi BTS Meal telah dijalankan dan mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para peminat kumpulan Kpop kegemaran ramai ini dan juga yang lain.
Set tersebut mengandungi menu seperti 10 keping nuget ayam, fries, sos cajun, sos cili manis dan juga minuman berkarbonat saiz sederhana.
Minta henti seksa ayam hidup
Disebalik kegembiraan orang ramai mengikuti hype ini, sebuah organisasi haiwan telah memuat naik gambar seorang aktivis tidak berpuas hati dengan BTS atas alasan mempromosi ayam yang telah mati.
Menurut kapsyen PETA Asia di sebuah posting yang dikongsi, BTS Meal menawarkan nuget ayam diperbuat daripada daging ayam yang telah diseksa semata-mata untuk dijadikan makanan.
Tambahnya lagi, penyiksaan yang dirasai hidupan seperti ayam haruslah difikirkan setiap kali melihat menu makanan.
Hormat pilihan masing-masing
Namun begitu, ramai yang tidak bersetuju dan mengkritik tindakan PETA Asia membuat posting sedemikian rupa. Rata-rata meminta organisasi itu untuk menghormati pilihan setiap individu kerana tidak semua orang memilih hidup sebagai vegan.
Melampaui batas
Malah, ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan menganggap mereka telah melampaui batas dan menggunakan nama BTS untuk kepentingan agenda mereka sendiri.
“Jangan guna nama BTS untuk beri pendapat.” – Netizen
Ahli BTS pun bukan vegetarian
Kredit Foto: Places and Foods