fbpx
Now Reading
Ayam Belaan Hasilkan Telur Bersaiz Gergasi, Tak Sangka Isi Di Dalam Rupanya…

Ayam Belaan Hasilkan Telur Bersaiz Gergasi, Tak Sangka Isi Di Dalam Rupanya…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi sesiapa yang membela ayam di rumah, semestinya biasa melihat pelbagai saiz dan jenis telur.

Baru-baru ini, viral sebuah video yang dimuat naik oleh wanita bernama Meg di laman TikTok mengenai sebutir telur yang dihasilkan oleh ayamnya.

Telur saiz gergasi

Apa yang menarik perhatian adalah saiz telur tersebut  kelihatan agak besar dari kebiasaan. Ia dikatakan hampir sekali ganda berbanding telur ayam biasa.

Malah, beratnya juga mencapai sehingga 150 gram. Wanita tersebut kemudian membelah telur itu untuk melihat apakah isi di dalam telur itu.

Telur di dalam telur

Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati telur berkenaan mengandungi telur kuning,putih telur dan sebutir lagi telur di dalamnya yang bersaiz biasa. Fuh unik!

Raih 2 juta tontonan]

@megss__b

just ✨farm things✨ 😂🤪

♬ original sound – meg 🌻

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 26.6M views. Rata-rata netizen juga turut teruja dan gembira dengan kejadian telur ‘luar biasa’ itu.

Selain itu, terdapat juga warganet yang berkongsi cerita bahawa mereka pernah menjumpai telur yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.