fbpx
Now Reading
Budak Bawa Motor, Terlanggar Pagar Jiran Sampai Tersangkut Undang Dekah Netizen

Budak Bawa Motor, Terlanggar Pagar Jiran Sampai Tersangkut Undang Dekah Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang kita tahu,  kanak-kanak bawah umur tidak dibenarkan menunggang motosikal. Namun, ramai juga diantara mereka yang berani menunggang di atas jalan raya tanpa perasaan takut, terutamanya di kawasan perkampungan.

Jika tidak dipantau oleh ibubapa,  perkara ini boleh mengundang kemalangan yang tidak dijangka.

Budak bawa motosikal

Seperti perkongsian di laman TikTok pengguna bernama @HelloKelantan, seorang kanak-kanak lelaki telah menunggang motosikal sehingga terlanggar pagar rumah jiran.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu membawa motosikal berwarna putih di sebuah kawasan perumahan sebelum dia hilang kawalan sehingga terlanggar pagar rumah.

Motor tersangkut di celah pagar

Apa yang menarik perhatian adalah apabila motornya yang terbabas ke kawasan rumah orang itu telah tersangkut di celah pagar sehingga tidak boleh dikeluarkan.

Kanak-kanak itu dipercayai telah menunggang dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan kecil berlaku.

@hellokelantan

Abe tolong la metaaaaaa…😂 ##kelantantiktok ##kelantan ##fyp ##fypシ

♬ Oh No – Kreepa

Merayu minta tolong

Malah, kanak-kanak tersebut yang kelihatan cemas turut merayu tuan rumah itu agar membantunya menarik motor yang ditunggang itu keluar dari pagar.

Sehingga artikel ini ditulis,video berdurasi 44 saat yang viral di aplikasi TikTok itu telah mencapai 1.9M views, 127.9 likes dan 12.3K shares. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki itu yang kelihatan panik dalam video tersebut.

“Taubat budak ni, cuak dia”

“Pengajaran untuk budak bawah umur”

“Kena ikat pokok pisang la malamni”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.