Jururawat Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit Hospital, Meninggal Dunia Ketika Sarat Hamil
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjadi frontliner yang perlu berhadapan dengan pesakit Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya ketika penularan virus ini yang semakin meningkat setiap hari.
Di saat kebanyakan kita boleh duduk di rumah, meluangkan masa bersama ahli keluarga, frontliners perlu meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Apatah lagi, mereka juga terdedah kepada penyakit berjangkit itu dan menghadapi risiko besar yang boleh meragut nyawa mereka sendiri.
Dijangkiti pesakit Covid-19 di hospital
Begitulah yang terjadi seperti kisah seorang jururawat yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 daripada pesakit di hospital.
Lebih memilukan, jururawat yang bernama Siti Aishah binti Mohd Zamri itu juga sedang sarat mengandung tujuh bulan.
Arwah Siti Aishah difahamkan telah dijangkiti Covid-19 dari pesakit di dalam wad dan dia dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan.
Bayi turut meninggal dunia
Namun, pada pagi semalam doktor mengesahkan Siti Aishah dan bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia.
Menerusi status yang telah dimuat naik oleh suami arwah Siti Aishah di laman Facebook, dia sempat memohon orang ramai agar mendoakan isterinya serta bayi mereka yang masih berada dalam kandungan diberi kesembuhan.
Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri saya dan juga baby kami dalam kandungan. Mohon doa daripada semua untuk isteri saya dan baby kami.
Takziah kepada keluarga arwah
Posting berkenaan dihujani dengan upacan takziah daripada netizen dan rakan-rakan yang mengenali dirinya. Rata-rata warganet turut sebak dengan nasib suami arwah yang kehilangan dua orang tersayang sekaligus.
Semoga roh arwah dan bayinya ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah