fbpx
Now Reading
Mark Zuckerberg Sahkan Whatsapp Akan Hadir Dengan 3 Ciri Baru iaitu Multi Device, View Once & Disappearing Mode

Mark Zuckerberg Sahkan Whatsapp Akan Hadir Dengan 3 Ciri Baru iaitu Multi Device, View Once & Disappearing Mode

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang pengguna Whatsapp, antara ciri atau features yang ramai orang termasuk kami mahukan pastinya keupayaan untuk menggunakan aplikasi perbualan tersebut pada beberapa peranti berbeza dalam masa yang sama.

Ini kerana sebaik sahaja anda mengaktifkan akaun whatsapp pada peranti baharu, akaun WhatsApp yang digunakan pada peranti terdahulu akan secara automatiknya terlog keluar.

Namun isu tersebut tidak lagi akan timbul pada masa mendatang selepas pengasas Facebook dan pemilik Whatsapp, Mark Zuckerberg mengesahkan yang aplikasi tersebut bakal hadir dengan 3 ciri baharu antaranya keupayaan multi device.

Menerusi laporan WABetaInfo yang menghubungi Mark dan Will Cathcart, ketua bahagian Whatsapp di Facebook, ciri Multi device tersebut akan membenarkan penggunanya untuk mengakses satu akaun Whatsapp dari 4 peranti berbeza secara serentak.

Namun menurut Mark, merelealisasikan perkara ini adalah salah satu cabaran teknikal tinggi yang dihadapi pihak mereka memandangkan sistem whatsapp tidak seperti aplikasi lain dimana mesej mereka tidak disimpan di Cloud sebaliknya mereka akan meneruskan sokongan penyulitan penuh demi memastikan privasi penggunanya.

Ciri disappearing mode

Ciri kedua yang bakal diperkenalkan adalah disappearing mode dimana sebaik anda mengaktifkan ciri ini pada perbualan terpilih, segala mesej didalam perbualan tersebut akan hilang selepas 7 hari.

Dengan langkah ini, privasi perbualan anda akan terjaga selain ia akan menjimatkan ruang storan peranti anda.

Ciri ‘View Once’ atau lihat sekali dan hilang

Selain itu mereka bakal memperkenalkan satu lagi ciri canggih iaitu View Once atau lihat sekali dan hilang dimana perkongsian gambar dan video di antara pengguna akan hilang selepas sekali dibuka penerima.

Jika anda masih kurang faham fungsinya sama seperti ciri disappearing message dimana video dan gambar yang dihantar oleh penghantar akan hilang secara automik sebaik penerima membukanya sekali.

Dengan ciri tersebut, perkongsian foto dan video dikalangan pengguna whatsapap akan lebih selamat selain dapat mengelakkan sesuatu files yang dikongsi disimpan atau dikongsikan semula kepada orang lain.

Namun menurut mereka, ia masih memerlukan pembaikan memandangkan masih ada loophole didalam ciri ini dimana penerima masih boleh merakamnya (screenshot/ screen recording) sebelum ianya hilang dengan sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.