fbpx
Now Reading
Siapa Orang Terkaya di Malaysia? Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Bagi Tahun 2021 Oleh Forbes

Siapa Orang Terkaya di Malaysia? Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Bagi Tahun 2021 Oleh Forbes

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar April lalu Forbes ada mengeluarkan senarai tahunan Bilionair Forbes ke-35.

Menerusi senarai tersebut terdapat 2,755 individu terkaya di dunia dengan 493 dari mereka merupakan muka baru disaat dunia sedang berdepan cabaran ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Terbaharu semalam, Forbes telah pun mengeluarkan satu lagi senarai yang lebih spesifik mengikut negara iaitu 50 orang paling kaya di Malaysia.

Yang menariknya untuk edisi kali ini, Tan Sri Robert Kuok sekali lagi dimasukkan ke dalam senarai di negara kita menjadikan beliau sebagai orang terkaya di Malaysia selepas Forbes sebelum ini meletakkan beliau sebagai warga Hong Kong sewaktu Bilionair Forbes ke-35.

Jadi di bawah kami kongsikan 15 senarai individu terkaya di Malaysia mengikut senarai yang dikeluarkan Forbes.

#1 Tan Sri Robert Kuok

Nilai kekayaan : US$ 12.2 Bilion
Perniagaan: Pemilik Kuok Group

#2 Tan Sri Quek Leng Chan

Nilai kekayaan : US $ 9.6 Bilion
Perniagaan: Pengasas bersama Hong Leong Group

#3  Tan Sri Koon Poh Keong

Nilai kekayaan :US$ 6.4 Bilion
Perniagaan: Pengasas bersama dan CEO Press Metal Sdn Bhd

#4 Tan Sri T Ananda Krishnan

Nilai kekayaan : US$ 5.8 Bilion
Perniagaan: Pengasas Maxis, Pengerusi Usaha Tegas

#5 Tan Sri Teh Hong Piow 

Nilai kekayaan : US$ 5.5 Bilion
Perniagaan: Pengasas Public Bank Bhd

#6 Datuk Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng 

Nilai kekayaan : US $4.9 Bilion
Perniagaan: Pengasas dan Pemilik IOI Group

#7 Kuan Kam Hoon & Keluarga

Nilai kekayaan :US$ 3.8 Bilion
Perniagaan: Kuan Kam Hoon merupakan Pengerusi Hartalega Holdings, syarikat yang diasaskan bersama keluarganya

#8 Tan Sri Lim Wee Chai

Nilai kekayaan : US$ 3.5 Bilion
Perniagaan: Pengasas & Pengerusi Top Glove Sdn Bhd

#9 Tan Sri Dr. Chen Lip Keong 

Nilai kekayaan : US$ 3.4Bilion
Perniagaan: Pemilik Naga World

#10 Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei

Nilai kekayaan : US$ 2.7 Bilion
Perniagaan: Pengasas & Pemilik bersama MR DIY

#11 Tan Sri Lim Kok Thay 

Nilai kekayaan : US$ 2.55 Bilion
Perniagaan: Pengerusi Genting Group

#12 Datuk Seri Lau Cho Kun

Nilai kekayaan : US$ 2.2 Bilion
Perniagaan: Pemegang syer Hap Seng Consolidated Bhd,

#13 Tan Sri Datuk G. Gnanalingam

Nilai kekayaan : US$ 1.8 Bilion
Perniagaan: Pengerusi Westports Holding

#14 Tan Sri Lim Kuang Sia& Adik beradik

Nilai kekayaan : US$ 1.4 Bilion
Perniagaan: Pengarah Urusan & CEO Kossan Rubber

#15 Tan Sri Dr Jeffrey Cheah

Nilai kekayaan : US$ 1. 5 Bilion
Perniagaan: Pengerusi Sunway Group

BONUS :

Bagi kedudukan ke 16 hingga ke 20 terkaya adalah

#16 Tan Sri Datuk Tiong Hiew King & keluarga

Nilai kekayaan : US$ 1. 3 Bilion
Perniagaan: Pengerusi Rimbunan Hijau Group

#17 Tan Sri Francis Yeoh & adik beradik

Nilai kekayaan : US$ 1. 25 Bilion
Perniagaan: Pengerusi YTL Corp Group

#18 Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

Nilai kekayaan : US$ 1. 2 Bilion
Perniagaan: Pemilik Syarikat Gulf International Investment Group Capital

#19 Tan Sri Lee Oi Hian & Hau Hian & family

Nilai kekayaan : US$ 1. 15 Bilion
Perniagaan: Batu Kawan Berhad

#20  Datuk Seri Stanley Thai & Datin Seri Cheryl Tan

Nilai kekayaan : US$ 1. 1 Bilion
Perniagaan: Supermax

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.