fbpx

Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid, Tak Mahu Digelar Ustaz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai peminat dunia hiburan dan isu semasa pasti cukup mengenali Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team.

Kerap memberi pendapatnya mengenai isu semasa, Suhaimi Saad atau lebih terkenal dengan panggilan SS juga sering menjadi topik di kalangan orang ramai kerana kepercayaannya dengan teori yang bumi adalah rata selain didakwa seorang antivaksin.

Terbaru SS mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan akan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.

SS ketika bersama Inteam

Menerusi satu perkognsian di IG nya, berikutan dari ‘perletakan jawatan’ itu, dia meminta orang ramai untuk tidak lagi memanggilnya sebagai ustaz sebaliknya cukup sebagai sekadar Mie atau SS.

“SS letak jawatan sebagai penyanyi nasyid”

“SS jetak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil Ustaz. Panggil SS atau Mie je. Siapa degil, SS akan kompaun dan blok,” tulisnya di laman IG.

Menerusi ruangan kapsyen pula dia juga memaklumkan akan menyekat akaun sesiapa sahaja yang memintanya menyanyikan lagu inteam semasa sedang melakukan live.

Dia juga turut memberikan amaran keras kepada haternya untuk berhenti mengganggunya.

“Haters sila beramb*s. Aku tak de selera dan takde masa nak layan korang” tulisnya.

Terdahulu nama SS kembali hangat diperkatakan selepas memaki pelakon Catriona Ross menegur sikap segelintir masyarakat Malaysia yang hanya menyalahkan orang lain namun dalam masa sama sering melanggar SOP yang ditetapkan MKN.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.