fbpx

Tak Termakan Kata-Kata Anti Vaksin, Warga Emas Usia 105 Tahun Selamat Terima Dos Pertama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di media sosial, terdapat banyak berita palsu mengenai Covid-19 yang disebarkan kepada orang ramai terutamanya dalam aplikasi seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya. Kebiasaannya ia melibatkan golongan yang lebih berusia.

Sudah semestinya perkara itu adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana boleh menjadi penyebab seseorang individu berasa terancam disebabkan oleh mesej-mesej palsu yang diterima. Pada masa yang sama, mereka mungkin lebih memilih untuk tidak menerima vaksin dan mengamalkan petua yang tidak sahih.

Tak terpengaruh dengan pendapat negatif

Namun situasi ini berbeza dengan seorang warga emas berusia 105 tahun ini yang sama sekali tidak termakan dengan pendapat negatif orang sekeliling mengenai kesan sampingan vaksin.

Lelaki warga emas itu, Jaafar Awang Mat telah menerima dos pertama suntikan vaksin di PPV di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kelantan pada Ahad lalu. Gambarnya memegang poster ‘Saya Telah Divaksin’ pula telah berlegar di media sosial sejak Isnin.

Foto: Mstar

Menurut cucu perempuannya yang lebih dikenali sebagai Suri, datuknya yang mesra dipanggil AyahPa tidak mempunyai komplikasi kesihatan yang serius, malahan masih sihat dan bertenaga, seperti dipetik Mstar.

“AyahPa cuma menghidap asma, tak ada penyakit lain. Suami saya bawa AyahPa untuk terima suntikan vaksin, manakala saya bawa mak dan ayah yang disuntik vaksin di lokasi berasingan pada hari yang sama.”

Menurutnya, proses suntikan vaksin diterima warga emas itu berjalan lancar dan tiada kesan sampingan yang ketara.

Foto: Mstar

Sebelum ini, datuknya gemar bersiar-siar di sekeliling kawasan kampung dan telah mendengar pelbagai tanggapan dan tuduhan negatif mengenai vaksin di kedai kopi.

“Ada yang beritahu AyahPa yang vaksin itu boleh menyebabkan kematian, sakit. Tapi AyahPa kata nak berlindung daripada terkena penyakit kena ada usaha, seperti ambil vaksin. Yang penting ada usaha, lain-lain tu daripada Allah.”

Foto: Mstar

Suri berasa amat bersyukur kerana datuknya lebih memilih untuk berfikiran positif dan tidak terpengaruh dengan orang lain meskipun telah lanjut usia.

Kredit Foto: Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.