“Sedihnya..”- Wanita ‘Street View’ Kampung Halaman Sebab Rindu, Tapi Terjumpa Kelibat Arwah Ayah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam situasi pandemik ini, kehidupan dan gaya hidup rata-rata rakyat Malaysia terjejas. Perkara ini terjadi berikutan perintah PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Aktiviti seperti balik kampung, melancong dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali melainkan terdapat urusan penting.
Jadi dengan tercetusnya kekangan seperti ini, kebanyakan individu memanfaatkan pelbagai jenis platform untuk menghubungi ahli keluarga masing-masing yang jauh dari mata.
Situasi ini dapat dikaitkan dengan wanita ini yang berniat untuk melihat pemandangan jalan di kampung. Tetapi tanpa disangka dia terjumpa imej arwah ayahnya.
“Ya Allah, lama tak jumpa heroku.”
Menerusi perkongsiannya sendiri di TikTok @topanjey, sewaktu itu dia cuba untuk mengubat kerinduan pada kampung halaman dengan membuat ‘street view’.
@topanjey Ya Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan². ##fyp ##my ##hero
♬ Ayah – Laoneis
Namun alangkah terkejutnya apabila dia terjumpa imej arwah ayahnya yang lengkap berjubah putih dan berkopiah dipercayai dalam perjalanan ke masjid terakam dalam peta Google Maps itu.
“Arwah ayah ada lagi masa ni. Mesti arwah ayah nak pergi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu.”
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mendoakan arwah ayahnya dan ada juga yang meluahkan rasa rindu terhadap ibu bapa mereka yang telah dijemput Ilahi.