fbpx
Now Reading
“Abang Tolong Saya.” – ‘Urgent’ Ke Hospital, Rider Bantu Panda Walker Lawat Ayah Sakit

“Abang Tolong Saya.” – ‘Urgent’ Ke Hospital, Rider Bantu Panda Walker Lawat Ayah Sakit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan buat rider makanan untuk bertegur sapa dengan rakan rider yang lain sewaktu menjalankan tugas. Selalunya ia berikutan rasa teruja berjumpa dengan individu melakukan pekerjaan yang sama.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan lelaki ini yang menyapa seorang penghantar makanan pejalan kaki Foodpanda atau Panda Walker sewaktu dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan.

Terjumpa dengan Panda Walker mengayuh basikal

Menerusi perkongsiannya di TikTok @yuazwanjusoh, dia sedang melakukan tugas seperti biasa dan menuju ke rumah pelanggan. Sewaktu dalam perjalanan, dia terjumpa dengan seorang Panda Walker yang sedang mengayuh basikal.

@yuazwanjusoh

Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke tesco?? Rupanya ada insan yg memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni..

♬ Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter

Dia telah bertegur sapa dengan lelaki itu dan disambut ceria. Namun tanpa disangka, pemuda itu kemudian meminta pertolongan untuk menunda basikalnya ke Hospital Selayang kerana ayahnya telah dikejarkan ke hospital itu.

Bang, tolong bawa saya pergi Hospital Selayang. Ayah saya masuk hospital lah. Abang tarik je.

Yuazwan yang sedang merakam video segera menghentikan rakaman sebelum dipercayai membawa lelaki itu ke hospital.

Pertemuan yang telah ditakdirkan

Menerusi kapsyen yang ditulis, dia turut menganggap pertemuan spontan mereka telah ditakdirkan untuk membantu lelaki itu.

Kenapa Allah hantar aku order dari Selayang ke Tesco? Rupanya ada insan yang memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni.

Di akhir video, ‘Pink Walker’ itu telah membuka cerita mengenai perjalanan yang cukup jauh perlu ditempuhi iaitu dari Setapak ke hospital yang terletak di Selayang itu.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa hormat atas usahanya yang langsung tak teragak-agak untuk membantu lelaki itu walaupun sedang bekerja. Ada juga yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

“Kau memang terbaik bro, kau memang lejen.” – Netizen

Semoga murah rezeki

Allah maha memberi pertolongan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.