fbpx
Now Reading
Apa Itu B40, M40 dan T20 ? Jom Kami Kongsikan Maksud & Kiraannya Bagi Tahun 2020

Apa Itu B40, M40 dan T20 ? Jom Kami Kongsikan Maksud & Kiraannya Bagi Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali kami memuat naik apa-apa artikel ekonomi atau isu berkaitan bantuan kebelakangan ini, di ruangan komen pasti akan terkeluar soalan mengenai apa itu B40 M40 dan sebagainya?

Malah ada yang tertanya-tanya kenapa hanya golongan B40 dan sesetengah m40 yang biasanya akan mendapat bantuan ?

Memandangkan ramai pembaca kami terdiri dari kalangan anak muda, jadi kami akan kongsikan anda apakah definisi sebenar pengkelasan tersebut.

OK secara ringkasnya klasifikasi pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu T20, M40, dan B40 atau dalam erti kata lainnya 20% teratas (Top 20), 40% pertengahan (Middle 40) dan 40% bawah (Bottom 40).

Angka bagi menentukan kategori ini pula bukan senang-senang ditetapkan, sebaliknya ia adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan kebiasaannya akan dilakukan setiap 2 kali dalam tempoh lima tahun.

Foto sekadar hiasan Foto : Google

Apa itu pendapatan isi rumah?

Ok sebelum kita pergi jauh, kategori ini ditentukan mengikut jumlah pendapatan untuk seisi rumah (satu isi rumah) yang dihitung dengan menambahkan pendapatan setiap anggota isi rumah.

Sebagai contoh sekiranya anda sudah berkahwin dan ada pasangan yang bekerja, jadi pendapatan seisi rumah adalah hasil jumlah pendapatan anda dan isteri bagi setiap bulan. Sama juga keadannya jika anda tinggal bersama rakan di sebuah rumah dan kalian membuat peruntukan bersama atau lebih dikenali sebagai ‘tongtong’ untuk pembelian makanan dan perbelanjaan lain seperti bil dan sebagainya.

Namun punca pendapatan bukan setakat dikira dari gaji yang anda diterima sahaja sebaliknya ia turut dikira dari hasil bekerja sendiri, harta & pelaburan yang anda miliki serta pindahan semasa.

Pendapatan isi rumah rakyat di Malaysia 2019

Macam mana nak tahu kita dekat kategori mana?

DOSM mentakrifkan golongan B40 merupakan isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850.

Manakala M40 adalah isi rumah berpendapatan di antara RM4,850 – RM10,959.

Kumpulan isi rumah T20 pula adalah berpendapatan melebihi RM10,960.

Jadi dengan jumlah pendaptan isi rumah yang korang dah campurkan tadi mesti korang dah tahu korang bawah kategori mana bukan?

Pengkelasan baru bermula 2020

Namun bermula tahun 2020 DOSM telah memperluaskan lagi klasifikasi isi rumah ini kepada 10 kategori berdasarkan 10 persentil. Jika dahulu kita hanya mempunyai 3 kategori kini 3 kategori tersebut diperincikan lagi kepada 10 bahagian.

Jadi jika anda mempunyai had pendapatan seisi rumah kurang dari RM 4,850 anda masih dikira sebagai B40 namun dalam kategori B4 (tertinggi bagi B40) manakala mereka yang mempunyai pendapatan kurang dari 2500 adalah terendah iaitu B1.

Manakala jika pendapatan seisi rumah anda adalah dari RM4850 – RM 5879 anda adalah M40 dari kategori M1(terendah bagi M40).

Manakala bagi pendapatan isi rumah yang lebih dari RM10,959 anda sudah dikira T20 iaitu kategori isi rumah yang berpendapatan tinggi.

Sebagai rekod,  pendapatan isi rumah di Malaysia kebanyakannya adalah RM5,873 namun hampir 30.3% isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Jadi sekarang anda sudah faham bukan kenapa kebanyakan golongan B40 dan sesetengah M40 sering mendapat bantuan khusus dan diutamakan kerajaan berbanding mereka yang disenaraikan sebagai T20.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.