“Buat Hal la! ” – Netizen Terkejut Lelaki Selamba Minum Kopi Campur Clorox Siap Dakwa Boleh Bunuh Covid-19

Sejak semalam tular di laman Twitter satu video yang dikongsikan seorang penggunanya memperlihatkan seorang lelaki dengan selamba meminum air yang dicampur cecair peluntur.

Menerusi video tersebut lelaki berkenaan pada mulanya menuang sukatan satu penutup cecair berkenan kedalam dua cawan dipercayai berisi air kopi dan juga air bikarbonat sebelum mengacau campuran tersebut.

Dia kemudiannya tanpa sebarang rasa gentar terus meminumnya sambil disaksikan oleh beberapa rakannya yang turut merakam video berkenaan.

Tolong katakan ia (minum air peluntur) tipu

Video berkenaan turut tular di aplikasi whatsapp bersama satu nota yang mendakwa campuran tersebut mampu membunuh virus Covid-19.

Mengharapkan video tersebut hanyalah palsu, persoalan invididu berkenaan dijawab oleh beberapa netizen lainnya yang berpendapat cecair yang dicampur benar-benar merupakan cecair peluntur memandangkan warna pada air berkarbonat berkenaan bertukar dari warna merah menjadi putih.

Turut dapat perhatian Dr Khairul Hafidz

Video ini kemudiannya turut mendapat perhatian Dr Khairul Hafidz yang dilihat begitu terkejut dengan perkongsian tersebut.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Med Tweet menekankan bahawa peluntur tidak boleh merawat Covid-19. Sebaliknya lelaki tersebut akan menerima kesan sampingan yang tidak baik dari meminum campuran air berkenaan.

Beliau menerusi satu lagi posting turut memberi amaran kepada mana-mana orang yang menyebarkan berita palsu yang peluntur boleh membunuh Covid-19 sehingga menyebabkan kematian harus dipersalahkan.

Tambahnya lagi jika ada orang yang terpedaya dengan berita palsu tersebut dan meminumnya sehingga mati, mereka yang menyebarkan maklumat tersebut haruslah dipersalahkan.

Rata-rata netizen yang terkejut dengan video tersebut turut mengecam individu berkenaan yang dilihat menyebarkan maklumat palsu kerana dikhuatiri infonya akan dipercayai oleh sesetengah orang.

Amik vaksin takut mati telan clorox tak takut mati pulak

Pasal video macam ini lah bapa aku percaya

Tak tuang pun dalam gelas air kopi tu tapi tuang atas meja

Dalam masa sama ada juga yang berpendapat lelaki ini sebenarnya tidak menuang cecair berkenaan kedalam air kopi tersebut sebaliknya dia hanya menuangnya di atas meja.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago