fbpx
Now Reading
“Luck Seumur Hidup Digunakan.” – Ingatkan Masuk Longkang, Lelaki ‘Blur’ Bola Bowling Tiba-Tiba Strike

“Luck Seumur Hidup Digunakan.” – Ingatkan Masuk Longkang, Lelaki ‘Blur’ Bola Bowling Tiba-Tiba Strike

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, ramai yang telah mengikut trend video imbas kembali di aplikasi TikTok. Kebanyakannya berkongsi momen yang mencuit hati sama ada terjadi secara sengaja ataupun dirancang.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki telah memuatnaik sebuah throwback dia dan rakan-rakannya bermain bowling yang mengundang dekah ramai.

“Gelak tak rilek”

Menerusi video yang dikongsi lelaki itu sendiri di TikTok @syahirnaz_, dia dan rakannya berada di sebuah tempat bermain bowling. Ia bermula dengan rakannya yang siap mengambil masa lama untuk membuat balingan sebelum disuruh.

@syahirnaz_

Gelak tak rilek 😭🤣 ##fyp ##esekeli

♬ original sound – syahirnaz

Pada awalnya, lelaki yang dikenali sebagai Syahir ini menyangka bola itu akan terus ke longkang melalui gaya balingan dan pergerakannya. Berbekalkan pendapat yang sama, rakannya terus menoleh ke belakang.

Tiba-tiba yang sebaliknya terjadi

Tanpa disangka, perkara yang sebaliknya terjadi dimana bola itu kelihatan seperti melantun ke bahagian tengah landasan sekaligus menjadikan balingan tersebut strike.

Terkejut dengan situasi itu, Syahir dan rakannya yang lain ketawa berdekah-dekah manakala si pembaling bola pula terpinga-pinga kehairanan.

Perkongsian itu nyata telah mengundang tawa para netizen. Rata-rata terhibur dengan reaksi rakannya yang dikatakan blur dengan situasi mengejutkan itu.

“Magic gilanya lah bahh.”

Kawan blur apa yang dah jadi

Nak kutuk tapi tak jadi

Muka tak percaya dengan diri sendiri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.