Obses Pakai Lens, Gadis Kongsi Detik Cemas ‘Buta Sementara’ Akibat Mata Dijangkiti Kuman
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita ketahui, pemakaian kanta lekap adalah untuk membantu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun. Ia merupakan pilihan alternatif bagi individu yang tidak menggemari pemakaian kaca mata.
Namun kini, pemakaian kanta lekap bukan lagi hanya berkaitan dengan masalah penglihatan semata-mata tetapi ia juga dilihat sebagai aksesori untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang individu terutama bagi wanita.
Perlu dijaga dengan teliti
Kanta lekap juga memerlukan peniagaan rapi dan teliti. Jika tidak dibersihkan atau pakai dengan cara yang betul, ia boleh memudaratkan mata.
Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang wanita yang mengalami masalah sakit mata akibat memakai kanta lekap
Menerusi perkongsian video oleh Nana di laman TikTok, kejadian itu berlaku semasa dia pergi ke sebuah majlis di rumah saudaranya dan memakai lens dalam tempoh lebih kurang 3 jam.
Tak boleh buka mata
Apa yang mencemaskan adalah apabila dia bangun dari tidur dan mendapati dia tak boleh nak buka matanya. Nana kemudian terus bergegas ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan.
Malah, mata wanita itu kelihatan bengkak dan berair kerana jangkitan kuman daripada kanta lekap yang dipakainya.
@nanameyy Semoga dijadikan pengajaran untuk awak semua🥰#fypシ
♬ bunyi asal – Nanaaketuww
“Better jangan pakai”
Malah menerusi ruangan komen, gadis ini turut menasihatkan orang ramai yang belum pernah menggunakan kanta lekap untuk tidak menggunakannya baik mengelakkan kejadian sama berulang.
Semoga jadi pengajaran
Ramai juga yang turut memberi tips dan cara yang betul untuk menggunakan contact lens. Semoga perkongsian itu memberi pengajaran kepada semua pemakai kanta lekap atau sesiapa yang baru ingin mencuba.
Tak salah tapi salah pemakaian tu
Tak boleh lebih 8 jam. Sebelum pakai cuci tanga bersih-bersih
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat perhatian warganet sehingga mencapai 757.7K views,83.6K likes dan 3.6K comments di aplikasi TikTok.