fbpx
Now Reading
“Siap Kau!”- Berkolaborasi Dengan PDRM, Diva AA Sound Orang Ramai Yang Langgar SOP

“Siap Kau!”- Berkolaborasi Dengan PDRM, Diva AA Sound Orang Ramai Yang Langgar SOP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak kenal selebriti bermulut ‘lantang’ iaitu Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA.

Sering tegur artis langgar SOP

Umum mengetahui bahawa sebelum ini pengacara dan pelakon terkenal itu sering menegur sesetengah artis lain yang didakwa telah melanggar SOP seperti merentas negeri dan sebagainya.

Kerjasama dengan PDRM

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube PDRM RMP TV, Diva AA difahamkan telah menjalinkan kerjasama dengan PDRM untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perintah berkurung yang ditetapkan oleh kerajaan.

Inisiatif itu dilaksanakan untuk memberi peringatan kepada orang ramai terutamanya dari segi pemakaian topeng pelitup muka dan duduk di rumah.

Tegur dan memberi amaran

Melalui video yang diberi tajuk “Perutusan Khas Covid-19 Diva AA”, selebriti popular itu telah memberi teguran dan amaran kepada mereka yang melanggar SOP semasa tempoh lockdown ini.

Dalam video berkenaan, Diva AA memberi teguran ‘pedas’ kepada individu yang tetap melanggar SOP yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Diva AA kolaborasi dengan PDRM tengah viral kasi meletup ditujukan khas buat berbilion-bilion followers. Khasnya rakyat Malaysia yang degil, buta hati, tak reti bahasa.

Jadi kerja pula PDRM nak kompaunkan kau beratus ribu kali sebab kau degil! Jadi kau dengar Perutusan Khas Truly Amazing Diva AA bersama PDRM.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen ucapan tahniah kepada pihak PDRM dan Diva AA di atas usaha untuk membanteras golongan yang melanggar SOP.

“Memang power dia sembur”

“Terbaik PDRM & DIVA AA “

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.