fbpx

Video Ambulans Ucap Terima Kasih Kepada Pemandu Triton Bantu ‘Buka Jalan’ Buat Ramai Tersentuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda perasan kebelakangan ini, kita kerap melihat di media sosial video dimana pemandu ambulans terpaksa berdepan dengan sikap tidak beretika segelintir pengguna jalanraya ysamaada dengan menghalang laluan mereka atau mencucuk rapat dibelakangnya demi mengelak jalan yang sesak.

Namun keadaan dilihat sedikit berbeza buat seorang pemandu ambulans ini apabila dia berkongsi satu video dimana sebuah kereta Mitsubshi Triton dilihat membuka laluan demi  memudahkan ambulans yang sedang didalam kecemasan menuju ke destinasinya, ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berrisiko Rendah (PKRC) Pasir Gudang dengan lebih lancar dan cepat.

Menerusi video yang dikongsikan pemandu ambulans tersebut di TikTok, dia pada mulanya menyangkakan kereta Triton tersebut cuba mengambil kesempatan memandangkan keadaan jalan raya ketika kejadian sedikit sesak

“Mula-mula ingatkan dia nak ambil kesempatan..”

@papamayya

mula2 aku ingatkan kereta tu nak ambik kesempatan…tapi rupanya dia membantu aku utk bukak jalan…hala PKRC pasir gudang…syukur…

♬ original sound – Pelesit Kota

Namun telahannya salah apabila dia mula menyedari yang pemandu kereta pacuan empat roda berwarna biru itu tidak berniat untuk mengambil kesempatan sebaliknya menyalakan lampu kecemasan dan cuba untuk membantunya dengan membuka laluan.

“Mula2 aku ingatkan kereta tu nak ambik kesempatan…tapi rupanya dia membantu aku untukk buka jalan…menghala PKRC pasir gudang…syukur ”

Sebaik berjaya membuka laluan dan menyedari jalan dihadapannya sudahpun lancar, pemandu Triton tersebut dilihat beranjak ketepi sebelum membuka tingkap dan memberi sign thumbs up kepada ambulans berkenaan.

Ucap terima kasih

Yang menariknya pengguna TikTok @papamayya itu kemudian berkongsi satu lagi video sama, tapi kali ini tanpa iringan muzik seperti yang dipinta beberapa netizen dimana dia dengan jelas telah menggunakan pembesar suara untuk mengucapkan terima kasih kepada pemandu Triton yang telah membantunya itu.

@papamayya

Balas kepada @leshbish baiklah saya tunaikan lah permintaan sbb ramai yg nak dengar video tanpa lagu…

♬ bunyi asal – ezamlahh

Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai netizen yang memuji usaha pemandu Triton berkenaan. Malah ramai juga yang turut tersentuh dengan ucapak terima kasih dari pemandu Ambulans selain turut memuji usaha beliau dan pemandu-pemandu ambulan lainnya yang telah bertungkus lumus tanpa henti bertugas demi kesihatan rakyat Malaysia.

Terbaik brother kereta biru

Tak tau kenapa aku jadi sebak tengok benda macam ni

Aku salute orang macam ni

Masa cakap terima kasih terus bergenang air mata

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.