fbpx
Now Reading
Pelanggan Pesan Ayam Goreng, Tapi Yang Sampai Tuala Celup Tepung

Pelanggan Pesan Ayam Goreng, Tapi Yang Sampai Tuala Celup Tepung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makanan segera adalah menu yang paling mudah dan cepat untuk dinikmati selain daripada rasanya yang enak. Ia juga merupakan antara pilihan kegemaran ramai kerana kebiasaannya kebersihan terjamin terutamanya produk restoran ternama.

“Ayam goreng susah digigit.”

Namun situasi ini cukup berbeza buat seorang wanita yang menerima tuala celup tepung di dalam kotak makanan dari sebuah restoran makanan segera di Filipina.

Alique Perez, melalui perkongsiannya sendiri di Facebook telah meluahkan rasa kecewanya kerana tidak menerima ayam goreng seperti yang dipesan.

Menurutnya, sebuah pesanan makanan telah dibuat melalui perkhidmatan Grab untuk anak lelakinya. Setelah makanan diterima, dia berasa pelik kerana ‘ayam’ itu susah untuk digigit.

Akhirnya dia cuba mencarik sebelum mendapati ianya bukanlah isi ayam tetapi rupa-rupanya tuala yang telah digoreng.

Perkara ini sangat mengganggu fikiran saya. Macam mana sehelai tuala boleh dimasukkan ke dalam bancuhan adunan dan siap digoreng? Sungguh menjijikkan dan memalukan.

Jolibee Filipina mengeluarkan kenyataan penutupan sementara operasi

Perkongsian Alique mengenai penemuan menjijikkan itu telah mendapat perhatian Jolibee Filipina dimana mereka telah mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan sementara operasi francais yang terlibat.

Foto: FB Jolibee Filipina

Berikutan kejadian ini, kami telah mengarahkan Jolibee Cawangan Bonifacio – Stop Over ditutup selama tiga hari mulai 3 Jun untuk mengkaji secara menyeluruh pematuhan prosedur dan melatih pasukan stornya untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.