fbpx
Now Reading
Akhirnya Video Misteri Penampakan Lembaga Putih Di Padang Pasir Terbongkar, Ini Jawapannya

Akhirnya Video Misteri Penampakan Lembaga Putih Di Padang Pasir Terbongkar, Ini Jawapannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Mei lalu tular sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok memperlihatkan aksi pelik sekumpulan individu berkelubung putih di tengah-tengah padang pasir di sebuah kawasan yang tidak diketahui di Amerika Syarikat (AS)

Menerusi video berkenaan, kumpulan berkenaan dilihat seolah sedang mengadakan ritual sehingga ada yang mengaitkannya dengan kultus ilmu hitam.

Menurut pengguna TikTok tersebut, Jason Cline dia menyedari penemuan pelik itu ketika sedang menggunakan aplikasi Google Earth berkenaan itu di beberapa negeri di AS.

“Cuba anda perhatikan klip ini dan akan menyedari satu lingkaran objek yang kelihatan seperti cap jari.

“Apabila saya menukar mod menjadi pemandangan jalan, saya ternampak sekumpulan manusia berkelubung putih sedang mengerumuni lingkaran cap jari itu,” tulis Cline.

@amj_oud

😳😱😳😱😳😱#maps_maroc #amj_oud ##غرائب_الخرائط #foryou

♬ sonido original – Victor Ramos©

Akhirnya terjawab, hanya binaan arca di pameran seni

Namun selepas hampir sebulan menjadi tanda-tanya, video misteri terebut akhirnya terjawab apabila seorang lagi pengguna Google Earth tampil menjelaskan bahawa video tersebut sebenarnya adalah imej di sebuah pameran seni yang terletak di sebuah bandar tidak berpenghuni, Rhyolite di Death Valley, Nevada.

Difahamkan apa yang disangkan lembaga putih itu sebenarnya adalah binaan arca di pameran seni tersebut.

Kenapa ia berada di luar ?

Ini kerana pameran seni atau muzium tersebut adalah muzim jenis tidak berbumbung dan open air yang dinamakan Goldwell Open Air Museum.

Hasil carian kami mendapati kumpulan manusia berkelubung putih tersebut sebenarnya adalah seni arca yang dibina oleh sekumpulan seniman terkenal Belgium yang diketuai oleh Albert Szukalski..

Ia terbahagi kepada dua iaitu bahagian iaitu The Last Supper & Ghost Rider dan siap dibina pada tahun 1984.

The last supper

Ghost Rider

Dah tahu pun tetap nampak seramkan?

Menerusi carian kami di Goldwell Museum,

Selain dari arca arca berkenaan terdapat beberapa lagi hasil seni dari artis lain yang pada kami agak menarik iaitu patung kayu Icara dan juga Tribute to Shorty Harris .

Icara

Tribute to Shorty Harris

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.