
Ambulans Lambat Tiba, Bapa Pakai PPE Hantar Anak Positif Covid Ke Hospital
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Virus Covid-19 sememangnya sangat berbahaya kerana ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia ataupun jantina seseorang. Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut adah kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik.
Anak positif covid
Melalui perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @anthraxxxx seorang bapa yang memakai PPE lengkap dilihat menghantar seorang anak lelakinya yang positif Covid-19 ke hospital.
Difahamkan, mereka pada awalnya sedang menunggu ambulans untuk membawa anaknya ke hospital.
Hantar sendiri ke hospital
Namun, setelah terlalu lama menunggu dan ambulans masih tidak muncul, bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk menghantar sendiri anaknya dengan menaiki motosikal.
Menyentuh hati ramai
Boy in Thailand got COVID. His father waited for the ambulance to pick his son up but it didn't come. The father couldn't wait any longer so he donned PPE, packed up his son's stuffs and sent his son to the hospital himself via motorcycle. pic.twitter.com/YynomJUG9Z
— penanam anggur (@anthraxxxx) June 5, 2021
Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah menyentuh hati orang ramai itu meraih sehingga 82.3 views, 5K likes dan 4K retweets. Ternyata, tindakan bapanya yang sanggup menunggu dengan memakai sut PPE serta menghantar sendiri anaknya itu telah mengundang sebak netizen.
Selain itu, kelihatan video lain yang memaparkan reaksi gembira dua beranak tersebut apabila membuat panggilan video bersama. Bapa kanak-kanak itu kelihatan sedang memberi kata-kata semangat kepada anaknya yang kini berada di hospital.
The father has been giving encouragement to his son via video call 😭 pic.twitter.com/dt5b597IaW
— penanam anggur (@anthraxxxx) June 5, 2021