fbpx
Now Reading
Aplikasi Penstriman Sooka Sudah Dilancar, Pelan VIP Bermula Dari RM15.90 Siap Live EPL & EURO 2020

Aplikasi Penstriman Sooka Sudah Dilancar, Pelan VIP Bermula Dari RM15.90 Siap Live EPL & EURO 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan semakin lama semakin banyak aplikasi penstriman yang ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Jika sekitar minggu lalu, aplikasi yang begitu ditunggu-tunggu Disney+ Hotstar mencuri tumpuan ekoran pelancarannya pada 1 Jun. Ia kemudian diikuti dengan laporan media bahawa HBO Max pula akan menyusul selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Terbaru hari ini satu lagi aplikasi penstriman, Sooka pula dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Namun apa yang yang membezakan Sooka dengan aplikasi lain ialah mereka bukan hanya menawarkan kandungan berbayar malah turut menyediakan kandungan sukan live percuma untuk pelanggannya.

Namun tidak banyak boleh anda tontoni di saluran percuma mereka dimana ia hanya terdiri dari  Astro Arena, Awani, and eGG Network,  sebaliknya apa yang mencuri tumpuan adalah pelan berbayar mereka.

Bersempena pelancaran Sooka dan seiring dengan aksi UEFA 2020, Sooka melancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sports mereka pada harga pengenalan RM15.90 sebulan selama tiga bulan mulai 8 Jun 2021.

Boleh tonton 51 game UEFA 2020 live!

Dengan melanggan pakej VIP tersebut, anda bukan sahaja boleh menonton semua kandungan yang terdapat di dalam aplikasi Sooka baik rancangan sukan mahupun rancangan hiburan malah anda juga dapat menonton 51 perlawanana UEFA secara langsung.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan VIP+Sports juga akan disajikan dengan pelbagai lagi program sukan utama yang menarik antaranya MotoGP, BWF World Championships, Formula 1 malah Astro juga sudah mengesahkan EPL juga akan turut disiarkan menerusi aplikasi ini.

Buat anda yang lebih meminati rancangan hiburan tempatan, anda boleh melanggan VIP Entertainment yang tidak kurang hebatnya.

Namun kami difahamkan aplikasi Sooka ketika ini hanya boleh diakses menerusi peranti IOS dan Android serta laman web sebelum bakal dilancarkan untuk aplikasi smart TV dan Android TV.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.