fbpx
Now Reading
Berjoget Pakai Baju & Kain Nenek, Sekali Kena Tepuk Dengan Pemilik Baju

Berjoget Pakai Baju & Kain Nenek, Sekali Kena Tepuk Dengan Pemilik Baju

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kaum lelaki memang terkenal dengan sikap suka menyakat. Kadang-kala, perangai mereka yang suka menyakat tu boleh meriuhkan suasana dan membuatkan orang sekeliling ketawa.

Sama seperti kisah dua adik beradik lelaki ini yang menyakat nenek mereka semasa di rumah.

Pakai baju kurung nenek

Menerusi video yang dimuat naik oleh aimanashrff di laman Instagram, kelihatan dia dan adiknya memakai baju kurung dan kain batik milik nenek mereka sambil berjoget riang.

Kacau ibu lipat kain

Difahamkan, dua beradik itu pada awalnya hanya mahu mengusik ibu mereka yang sedang melipat kain di ruang tamu sebelum bertindak ‘mencuri’ baju nenek mereka untuk dipakai.

Kantoi dengan nenek

Apa yang menghiburkan adalah ‘tuan baju’ tersebut muncul dan terkejut bajunya dipakai oleh cucu-cucu lelaki. Malah, nenek mereka turut tergelak melihat cucunya menari sambil ‘menepuk’ mereka.

“Saja try baju nenek , sekali owner baju datang lah”

Ternyata gelagat mereka berdua menyakat neneknya turut menghiburkan orang ramai.Bahkan, ada juga yang meninggalkan komen luahan rindu terhadap nenek mereka di kampung yang sudah lama tidak berjumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.