fbpx
Now Reading
Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19 Dikomakan, Bayi Dikeluarkan Melalui Pembedahan

Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19 Dikomakan, Bayi Dikeluarkan Melalui Pembedahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang doktor yang hamil 29 minggu positif Covid-19.

Perkara ini telah dikongsi di akaun Twitter Public Health Malaysia dimana orang ramai telah diajak untuk mendoakan kesihatan Dr Fatihah serta bayi dalam kandungannya.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, seorang saudaranya Maisarah Shaharudin telah meminta dipanjatkan doa buat doktor wanita itu yang kini sedang kritikal di Hospital Sungai Buloh melalui perkongsian gambarnya.

Menurut sebuah perkongsian pengguna Twitter Nisa Asiqin, Dr Fatihah pada awalnya disahkan positif Covid-19 kategori 4 dan telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Dia kemudiannya dikatakan terpaksa dikomakan kerana keadaannya berada pada kategori 5.

Dalam usaha menyelamatkan kedua-duanya, wanita itu terpaksa melahirkan bayi melalui pembedahan C-section dan masih kekal berada di ICU walaupun keadaan telah kembali stabil.

Foto: Twitter @zieha_malek

Tidak terhenti di situ, ahli keluarganya turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Dr Fatihah yang turut dijangkiti virus itu.

Seperti yang dikongsikan orang awam, Dr Fatihah bertugas sebagai salah seorang frontliner di Hospital Kajang sebelum didiagnosis positif Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.