fbpx
Now Reading
Kekuatan Pasukan Bersenjata Udara Negara Kini Di Belakang Beberapa Negara Mundur Asia ?

Kekuatan Pasukan Bersenjata Udara Negara Kini Di Belakang Beberapa Negara Mundur Asia ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini rakyat negara kita digemparkan dengan tindakan 16 pesawat penggempur China yang menceroboh ke ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR.

Cubaan yang berlaku pada 31 Mei yang lalu menggunakan pesawat jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 itu bagaimanapun berjaya dihidu pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertindak pantas memintas pesawat-pesawat berkenaan sebelum mengarahkan mereka melakukan pusingan- U .

Kedutaan China di Malaysia kemudian tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah satu latihan penerbangan biasa tanpa berniat apa-apa; satu jawapan yang pastinya tidak disenangi majoriti rakyat dan pemimpin negara kita.

Baca artikel berkaitan : 16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara, Ini Respon Kedutaan Besar China di Malaysia

Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tertanya-tanya, sejauh manakah keupayaan sistem pertahanan negara kita dan adakah kita bersedia sekiranya kejadian seperti ini akan berulang lagi.

Pesawat Tempur Sukhoi Su30MKM milik TUDM

Armada udara negara di posisi ke 60 dunia dan ke 26 di Asia

Terbaru menerusi laporan Utusan Malaysia yang memetik portal Asian Community, tahap kekuatan pasukan bersenjata udara negara pada ketika ini hanya berada di posisi ke-60 dunia dan ke 26 di benua Asia.

Meskipun angka tersebut secara globalnya dilihat sederhana kerana berada di tengah-tengah iaitu ke-60 dari 147 negara, namun keupayaan armada udara kita di benua Asia menurut Asian Community sebenarnya sudahpun dipintas oleh banyak negara mundur lain antaranya :

Afghanistan : ke- 16 di Asia dan 37 di dunia
Bangladesh : ke-23 di Asia dan 53 di dunia 
Myanmar : ke 34 Dunia

Tambah laporan itu lagi, jika kesemua pesawat yang dikendalikan tentera udara, laut dan darat di ambil, kedudukan Malaysia dalam indeks tersebut ialah ke-61 di dunia daripada 147 negara, merujuk kepada data yang dikeluarkan laman Global Firepower, laman antarabangsa yang menjadi rujukan bagi perbandingan kekuatan ketenteraan negara di dunia.

Ranking keseluruhan ATM adalah ke- 44 dunia dan 19 di Asia

Namun menerusi rujukan kami di laman Global Firepower sendiri, ranking terbaru angkatan bersenjata kita iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhanya (Angkatan Udara, Darat dan Laut) bagi tahun 2021 sebenarnya adalah lebih ‘selesa’ iaitu ke-44 dari 140 negara di dunia dan ke-19 terbaik di Asia.

Foto : Global Firepower

Ranking ke 61 dunia hanya berpandukan jumlah kelengkapan aset udara

Malah kedudukan ke-61 bagi keupayaan armada udara juga sebenarnya hanya diukur menerusi jumlah aset kekuatan kelengkapan udara yang dimiliki negara kita tanpa mengira jenis kegunaannya.

Menerusi statistik yang dikeluarkan portal Global Firepower, pasukan udara kita ketika ini mempunyai 147 pesawat berbanding Bangladesh (178 pesawat) Afghanistan (270 pesawat)

Ranking Malaysia berdasarkan jumlah kapal terbang
Ranking kekuatan tenteran udara Filipina (ke-52) & Bangladesh(ke-53) berdasarkan jumlah kapal terbang

Menerusi laporan sama 147 pesawat yang dimaksudkan adalah :

26 Jet gempur
13 Jet penyerang
18 Pesawat pengangkut
42 Helikopter
40 kapal terbang latihan
4 Tanker Fleet
4 Kapal Misi Khas

Foto: Global Firepower

Selain itu jumlah pesawat yang begitu banyak menjadikan beberapa negara seperti China, India, Korea Selatan dan Jepun menjadi top 6 ranking pasukan tentera udara di Asia dan dunia dibelakang Amerika Syarikat (13,233 pesawat)

China : No 3 dunia / No 1 Asia (jumlah pesawat : 3260 )
India : No 4 dunia / No 2 Asia (jumlah pesawat : 2119 )
Korea Selatan : No 5 dunia / No 3 Asia (jumlah pesawat : 1581 )
Jepun : No 6 dunia / No 4 Asia (jumlah pesawat : 1480 )

6 tentera udara terkuat dunia berpandukan jumlah pesawat yang dimiliki

Untuk senarai penuh Rujuk di sini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.