fbpx
Now Reading
“Berani Demi Anak Cucu”- Bertugas Di PPV, Dr Say Tersentuh Dengan Kata-Kata Warga Emas

“Berani Demi Anak Cucu”- Bertugas Di PPV, Dr Say Tersentuh Dengan Kata-Kata Warga Emas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan doktor selebriti, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril bin Shaharuddin.

Baru-baru ini, Dr Say telah menjadi sukarelawan untuk membantu urusan vaksinasi Covid-19  di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pengacara My Doctors itu berkongsi tentang pengalamannya bertugas menjadi salah seorang  yang memberi suntikan vaksin kepada warga emas.

Dr Say mengatakan jumlah yang hadir adalah sangat memberansangkan iaitu hampir 90% adalah warga emas.

Namun dari segi pemerhatian peribadinya, tidak ramai warga emas berbangsa Melayu hadir ke lokasi semasa dia menjalankan tugas itu.

Sehubungan dengan itu, doktor terkenal berkenaan turut meluahkan rasa terharu apabila kebanyakan warga emas yang hadir memberitahunya bahawa ramai kawan mereka yang tidak mahu mengambil vaksin. Walaubagaimanapun, mereka masih beranikan diri untuk pergi.

Tambahnya, warga emas berkenaan berbuat demikian agar dapat berjumpa dengan anak cucu.

Bila saya berterima kasih kepada pakcik dan makcik yang datang kerana tampil mengambil vaksin tadi, rata-rata berkata “kawan makcik/pakcik ramai tak nak ambil sebab dengar macam-macam cerita, tapi makcik/pakcik beranikan diri, redha dan tawakal demi nak jumpa anak cucu,” berlinang mata kejap dengar kenyataan mereka.

Mungkin masa awa-awal pendaftaran pusingan kedua ni tak ramai yang daftarkan parents masing-masing akibat masih banyak circulating rumors tapi saya harap in the coming days, saya dapat lihat lebih banyak warga emas berbangsa saya.

Di akhir posting itu juga, Dr Say menasihati orang ramai untuk jangan mudah terpedaya dengan segala berita palsu dan info yang tidak betul mengenai Vaksin COVID-19 di media sosial.

Cukuplah dengan rumors Whatsapp group/ konspirasi FB dan pilihlah sumber yang sahih, marilah sama-sama kita capai Herd Immunity secepat mungkin supaya dapat kita pulang kepada kehidupan dahulu kala.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet menyokong pendapat Dr Say dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka meyakinkan ibu bapa untuk mengambil suntikan vaksin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.