fbpx
Now Reading
Demi Tarik Minat Orang Ramai, Kerajaan AS Buat Promosi Suntik Vaksin Dapat Percuma Ganja

Demi Tarik Minat Orang Ramai, Kerajaan AS Buat Promosi Suntik Vaksin Dapat Percuma Ganja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam usaha menarik minat lebih ramai rakyatnya untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19, kerajaan Amerika Syarikat mencuri tumpuan apabila mengadakan satu inisiatif luar biasa iaitu ‘suntik vaksin dan dapat ganja’

Inisiatif tersebut yang dinamakan Joint for Jabs dilakukan kerajaan negeri di Washington ekoran dari kadar vaksinasi di negara tersebut yang semakin menurun memandangkan ada dikalangan masyarakat mereka yang takut untuk keluar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Liquor and Cannabis Board (LCB) di Washington menerusi satu kenyataan pada Isnin lalu mengumumkan mereka memberi kebenaran sementara kepada semua peruncit di negeri tersebut untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Joints for Jab’, dengan menjadi tempat untuk mereka yang mengambil suntikan vakin menebus ganja mereka secara percuma.

Apa yang menariknya, kempen tersebut dilihat berjaya apabila orang ramai dilihat mula berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan.

Difahamkan tawaran tersebut yang akan berlansung sehingga 12 julai ini bagaimanapun hanya melibatkan pemberian ganja asli (pre-roll) dan bukan barangan lain seperti makanan yang dicampur dengan ganja. 

Namun ini bukan satu-satu nya inisiatif yang dilakukan kerajaan di AS, beberapa negeri antaranya Washington, Maryland and Ohio sebelum ini sudahpun melancarkan kempen penyertaan peraduan loteri percuma untuk mereka yang mengambil suntikan vaksin.

Malah negeri seperti New York dan Ohio juga ada menawarkan biasasiswa penuh untuk penduduknya yang mengambil suntikan berkenaan.

Sebagai rekod, CDC AS sebelum ini melaporkan51.1% penduduk di Washinton sudah pun mengambil dos vaksin yang pertama. Malah menurut data mereka 51.6% penduduk di seluruh AS juga sudah melakukan perkara sama.

Namun angka ini dilihat masih jauh berbanding sasaran Presiden AS, Joe Biden yang mahu 70% dari rakyat mereka mengambil vaksin sebelum Hari Kemerdekaan AS yang jatuh pada 4 Julai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.