“Makin Naik Lemak!” – Usahawan Kosmetik Cetus Kontoversi Baru, ‘Belanja’ Budak Bawah Umur Di IG Live
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan media sosial kini menjadi salah satu medium terpenting di dalam komunikasi. Ianya lebih dirasai semenjak kehadiran pandemik Covid-19, dimana segala aktiviti seperti bekerja,pencarian info malah aktiviti bersekolah juga menjadi mudah dengan kehadirannya.
Namun begitu penggunaan tanpa pantauan terutamanya dikalangan anak kecil sebenarnya agak berbahaya dan merisaukan.
Menari liar dan tayang ‘aset’ palsu di hadapan dua remaja bawah umur
Terbaru, pakar motivasi Akhi Fairuz meluahkan rasa kecewa dan geramnya berhubung penularan satu video memperlihatkan seorang usahawan kosmetik dan seorang rakannya menari liar di IG Live sambil disaksikan ribuan pengikutnya.
Namun yang lebih mendukacitakan beliau dan ramai pengguna media sosial adalah aksi jelik tersebut turut dilakukan di hadapan dua remaja bawah umur yang turut tampil live bersama mereka.
Difahamkan kedua remaja berkenaan hanya berumur 14 dan 15 tahun namun menyertai IG Live tersebut sekitar jam 1.50 pagi.
“Keratan video live ig Safiey Ilias, seorang lagi perempuan (atau trans?) bersama 2 orang budak lelaki. Ig live waktu jam 1.50 pagi ya!
“Kau tahu apa yang kedua makhluk dewasa tu buat pada kedua budak ni? Sambil hisap vape, sambil menggoyangkan buah dada yang fake tu.
“Ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan :
1. Maaf nak tanya, mak bapak budak-budak ni tak ada kat rumah ke sampai tak perasan anak buat aktiviti gini pukul 1.50 pagi?
2. Saya faham kedua budak ini sudah meningkat usia remaja, namun tanggungjawab untuk mendidik, menasihati serta mendidik tu tetap terletak di bahu mak ayah.
3. Sampai sekarang saya tak faham kenapa pihak berautoriti hanya membiarkan pondan-pondan popular ini berleluasa menunjukkan lifestyle songsang mereka di media sosial. T
anpa rasa bersalah, mereka tunjuk klinik mana tempat mereka bedah, cucuk sana sini, pakai begitu begini, kejap jadi lelaki, kejap jadi pondan serta memberi idea serta ‘inspirasi’ kepada budak-budak lain jadi seperti mereka.Kesian maknyah lain terpalit sama. Depa ada je yang nak berubah, cari rezeki halal, tapi sebab pondan-pondan poyo ni, dengan mereka-mereka sekali kena.
Dia dalam masa sama turut meminta ibu bapa diluar sana untuk memantau aktiviti anak mereka. Malah pakar motivasi itu turut menyarankan ibu bapa untuk menggunakan aplikasi google family bagi menghadkan penggunaan gajet anak-anak.
“Untuk mak ayah yang lain, please install google family for parents di phone anda dan google family for children di phone anak-anak. Jadi, anda boleh pantau apa yang anak tonton, main, juga menghadkan penjadualan penggunaan gajet anak. Buat meeting dengan anak-anak, capai persetujuan bersama untuk rules ini, buat secara bertulis dan ditandatangan lagilah baik.
PU Syed selar tindakan usahawan tersebut
Seorang lagi pendakwah, PU Syed turut menyelar tindakan usahawan berkenaan. Menerusi satu perkongsian di akaun instagramnya beliau memaklumkan satu laporan polis telah dilakukan terhadap usahawan tersebut melibatkan beberapa kesalahan antaranya Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 1997.
Turut ajar hisap dadah
Bukan setakat belanja, ada juga dakwaan di media sosial yang mendakwa usahawan ini bertindak melampau apabila mereka mengajar dua anak muda ini cara-cara menghisap dadah sambil diselangi gelak tawa mereka.
Tonton video di bawah dan anda sendiri yang buat penilaian.