fbpx
Now Reading
Tak Ramai Join Live IG, Pemuda OKU Hidap Cerebral Palsy Tetap Cekal Mempromosi Jualan

Tak Ramai Join Live IG, Pemuda OKU Hidap Cerebral Palsy Tetap Cekal Mempromosi Jualan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/thekittycoach/status/1402298337932369925

Menjadi seorang OKU bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apatah lagi, jika ia membataskan pergerakan atau percakapan seseorang untuk membuat sesuatu perkara.

Seperti kisah seorang peniaga yang menghidap Cerebral Palsy, Dale Alderic Teri atau lebih dikenali sebagai Dale, tekun membuat jualan atas talian bagi menyara hidup buat dirinya dan keluarga.

Gigih promosi barang

Walaupun Dale merupakan seorang OKU, ia tidak menjadikan status tersebut sebagai suatu halangan untuk dia mempromosikan produk-produk jualannya.

Pemuda yang merupakan bekas seorang atlet paralimpik itu juga difahamkan menjual stokin dan baju yang mempunyai pelbagai rekaan dengan harga yang berpatutan melalui Live di akaun Facebooknya.

Tak sampai 5 orang penonton

Apa yang memilukan adalah jumlah penonton yang menyertai live tersebut hanya dalam 5 orang sahaja.

Namun, siapa sangka video tersebut menjadi viral di laman Twitter apabila dikongsikan semula oleh beberapa pengguna Twitter yang tersentuh dengan usaha gigih pemuda ini.

Terima terlalu banyak pesanan

Difahamkan, Dale yang berasal dari Petaling Jaya itu memberitahu bahawa dia terpaksa memberhentikan tempahan pesanan untuk 2 hari kerana telah menerima order yang sangat banyak selepas diviralkan.

Malah, Dale turut mengucapkan terima kasih ke atas sokongan orang ramai yang membeli jualannya.

Foto: IG
Foto: IG

Semoga kisah seperti ini membuka mata orang ramai untuk terus membantu orang lain di samping memberi inspirasi supaya tidak mudah mengalah dalam apa jua dugaan hidup.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.