fbpx
Now Reading
“Dia Tengok Jejak Rasul Sambil Buat Nota”- Agama Berbeza Tidak Halang Adik Ini Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

“Dia Tengok Jejak Rasul Sambil Buat Nota”- Agama Berbeza Tidak Halang Adik Ini Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka meskipun berlainan agama, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang bagi subjek Tasawwur Islam dalam SPM 2020.

Malah pelajar tersebut, Easwaran berjaya membutikan statusnya sebagai calon tunggal dan tanpa bimbingan guru khas dia mampu memperoh A+ bagi subjek tersebut di sekolahnya.

Lebih manis apabila dia juga cemerlang didalam semua subjek lain dengan memperoleh keputusan penuh 9A.

Kisah adik ini dikongsikan pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya menerusi satu thread di akaun Twitternya.

Menurut Fedtri, beliau selalu menerima soalan-soalan dari adik Easwaran mengenai topik berkaitan Jejak Rasul.

Menerusi laporan Harian Metro, Easwaran sebelum ini tidak meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang khusunya didalam subjek agama islam tersebut.

Turut dibantu guru Sekolah, Cikgu Asraf Wazir Ustazah Nani Suraya di Youtube

Namun terbukti usaha keras dan bantuan yang diterimanya dari guru di sekolah, Cikgu Asraf Wazir dan Ustazah Nani Suraya yang terkenal di Youtube sehingga berjaya membantunya menghasilkan keputusan cemerlang berkenaan.

Foto : Youtube Nani Suraya

“Saya hanya sempat menduduki peperiksaan percubaan bagi empat subjek saja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik sebelum pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi, jangkaan saya untuk keputusan SPM adalah 50-50 dan Tasawwur Islam antara subjek yang mencabar buat saya.

“Ia kerana saya satu-satunya calon tunggal yang menduduki subjek itu di sekolah dan tiada guru untuk mengajar daripada awal iaitu sejak tingkatan empat.

“Ada modul disediakan bagi Tasawwur Islam namun ia tidak memadai kerana tiada guru yang mengajar saya malah rakan Muslim juga tidak mengambil subjek itu.

“Jadi, saya perlu berusaha sendiri. Mujurlah Cikgu Asraf sudi menjawab pertanyaan saya walaupun beliau mengajar subjek lain, selain itu saya banyak bertanya Ustazah Nani Suraya.

“Saya juga bertanya rakan, Ainun Syazana Yahaya dari Perak yang turut mengambil subjek Tasawwur Islam terutama jika ada perkataan dalam Bahasa Arab yang tidak difahami maksudnya” katanya lagi dipetik dari Harian Metro.

Malah beliau difahamkan banyak membuat rujukan berkaitan islam menerusi program -program TV seangkatan dengan Jejak Rasul seperti Tanya Ustaz, dan Halaqah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.