
Geram Kena Tunggu Lama, Voice Note Kanak-Kanak Dengan Mak Cik Undang Dekah Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sesetengah dari kita sememangnya mempunyai hubungan rapat bersama ibu atau bapa saudara.
Apatah lagi, jika dari kecil pernah tinggal bersama dan menjadikan seseorang itu selesa untuk bergurau dan menyakat antara satu sama lain.
Rakaman voice note
Seperti video yang viral di laman TikTok ini apabila rakaman voice note seorang budak perempuan dengan mak longnya mengundang dekah ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @usersyera, ia menunjukkan rakaman perbualan antara kanak-kanak perempuan iaitu sepupunya dengan seorang makciknya yang dipanggil mak long melalui voicenote di Whatsapp.
Geram tunggu customer lambat muncul
Apa yang mengundang dekah adalah apabila kanak-kanak itu meninggikan suara kepada makciknya yang digelar ‘mak long’ tersebut kerana geram terlalu lama menunggu seorang pelanggan makciknya
Please la dengar sampai abis. Cousin aku yang baru 10 tahun marah mak aku sebab customer mak aku lambat
@usersyera please la dengar sampai abis. cousin aku yang baru 10 tahun marah mak aku sebab cust mak aku lambat🤣.#fyp #esekeli #fypage #foryoupage
♬ original sound – byy – s’
“Suara macam Ain Edruce”
Menerusi video tersebut, walaupun kedengaran suaranya seperti marah, namun suaranya yang comel itu menjadikan situasi tersebut melucukan.
Malah, ada juga yang mengatakan suara dan cara percakapan kanak-kanak tersebut adalah sama seperti suara artis popular, Ain Edruce.
Menerusi satu lagi perkongsian, sepupunya itu turut berkongsi satu lagi video dengan mendedahkan wajah sebenar adik tersebut kepada orang ramai.
Saya la budak kepoh kepoh kat dalam TikTok tu
@usersyera Reply to @mzfrhnh fr you guys yang nak tengok cousin i tu, ni lah dia tengok la perangai dia sampai i fedup nak buat. thanks fr follow n like🥰
♬ original sound – byy – s’
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi balas kanak-kanak perempuan itu.


Sehingga artikel ini ditulis, video yang viral tersebut telah mencecah 438.5 views, 39.9K likes dan 1.6K comments di aplikasi TikTok.