Pak Guard Ditampar Hingga Pengsan Hanya Kerana Minta Pelanggan Scan Suhu Di Entrance Mall

Kami yakin semua sudah cukup arif antara perkara wajib dilakukan bagi setiap individu sebelum memasuki mana-mana pasaraya atau kompleks beli belah adalah dengan melakukan pemeriksaan suhu badan dan mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera.

Walaupun kedengaran rumit, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana memandangkan orang ramai hanya wajib melakukannya sekali sahaja dan kebiasannya akan dilakukan di pintu masuk utama sambil dikendalikan oleh pegawai atau pengawal keselamatan yang bertugas.

Namun demi memastikan peraturan tersebut dipatuhi, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di sebuah pasaraya ternama di Kota Bharu, Kelantan difahamkan telah ditampar sehingga pitam oleh seorang pelanggan biadap.

Kejadian tersebut yang berjaya direkod seorang pengguna TikTok @ashpopo kemudian mula tular ke platform media sosial lainnya sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Menurut penguna TikTok tersebut, dia yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan bagaimanapun hanya berjaya merakam insiden tersebut selepas pak guard berkenaan dikasari.

Kena tampar sebab tegur tak scan suhu

@ashhpopo

@tescomalaysia ##fyp ##kotabharu ##tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.

♬ original sound – ashhpopo

“Ini sahaja video sempat saya rakam. Pakcik ni jaga pintu masuk mall, dia yang jaga bahagian scan suhu dan scan mysejahtera.

“Nak dijadikan cerita, dia pengsan selepas ditampar oleh seorang pemuda sebab menegur tidak scan suhu” tulisnya.

Jelasnya lagi si pelaku kemudian bagaimanapun terus melarikan diri selepas menampar pengawal keselamatan berkenaan.

Dia yang juga perakam video tersebtu bagaimanapun sempat mengambil nombor plat kereta yang dinaiki pelanggan biadap berkenaan untuk tindakan lanjut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago